Monday, November 1, 2010

Sessi Pemilihan 31 Oktober 2010 : Kuantan VS Pahang

Sessi pemilihan bagi mewakili negeri Pahang ke 1st TM/NSC/MILO National Junior & Senior Tkd Championship 2010 menyaksikan pelbagai ketidakadilan yang berlaku sepanjang proses pemilihan.

Jelas yang berlaku menggambarkan atlet-atlet dari Kuantan menentang keseluruhan negeri Pahang, bukan sekadar peserta dari daerah lain tetapi termasuk juga dengan pengadil-pengadil pemilihan.

Pemilihan yg kelihatan tidak teratur dimulai dengan Kelas Latihan Taekwondo oleh pihak Temerloh/Mentakab mengakibatkan kekeliruan oleh ibubapa & peserta kami kerana agenda yang sepatutnya diadakan adalah perlawanan pemilihan & bukannya kelas latihan. Dan latihan itu terus dilakukan oleh pihak mereka bersebelahan dengan tempat pemilihan walaupun sessi pemilihan bermula. Ia amat mengganggukan & menyebabkan suasana menjadi sesak.

Tuan rumah juga tidak menyediakan tempat yang sesuai, selamat & selesa bagi pengadil-pengadil & peserta-peserta dengan kelengkapan yang tidak mencukupi. Ketiadaan tikar perlawanan (Matt) menyebabkan peserta-peserta menghadapi risiko tinggi sekiranya jatuh semasa bertanding. Kebimbangan itu ternyata benar apabila ramai peserta-peserta yang terjatuh semasa bertanding mengalami kecederaan di lengan, siku & lutut setelah jatuh.

Tempat bertanding juga diadakan di tempat yang terbuka & panas menyebabkan peserta-peserta & jurulatih tidak selesa.

Sepanjang pemilihan dijalankan, peserta-peserta dari Kuantan terpaksa menentang beberapa peserta dari daerah lain yang tidak mematuhi peraturan & bertanding secara kotor. Aksi peluk memeluk, tolak menolak, jatuh dengan sengaja berulang-ulang kali & mengelak dari bertanding jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketidakadilan oleh pengadil yang tidak mengambil sebarang tindakan atas kesalahan yang jelas kelihatan & berulang-ulang itu. Pengadil hanya mengambil tindakan memotong markah setelah beberapa kali didesak oleh penonton. Dan teramat jelas pengadil itu amat berat sebelah. Sekiranya pemotongan markah dilakukan secara adil & betul, ramai peserta mereka akan hilang kelayakkan bertanding (disqualified).

Dan amat jelas, ketua pengadil pemilihan juga tidak memainkan peranan memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh pengadil tengah (center referee). Pengadil-pengadil sudut (corner judges) juga diambil secara rawak dikalangan jurulatih & pelajar mereka. Dan lebih teruk lagi, mereka juga mengambil pengadil sudut dari kalangan peserta mereka yang telah tewas di dalam pemilihan itu. Kami amat meragui ketulusan & kecekapan pengadil-pengadil sepanjang pemilihan dijalankan.

Kesemua kejadian ini telah dirakam dan kami mempunyai bukti yang kukuh bagi setiap dakwaan kami. Tekanan yang kami alami bukan sekadar bertanding dengan peserta mereka, tetapi turut bertanding dengan pengadil-pengadil mereka dan sistem pemilihan yang tidak telus. Perkara ini seumpama daerah Kuantan menentang seluruh negeri Pahang.

Senarai peserta dari daerah Kuantan yang terpilih akan disiarkan setelah mendapat senarai rasmi daripada Taekwondo Pahang.

Saturday, August 14, 2010

Laporan Penuh Juara Keseluruhan Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah2 Daerah Kuantan

NAMA : KEJOHANAN TAEKWONDO WTF ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUANTAN 2010

TEMPAT : RUANG LEGAR 2, BERJAYA MEGAMALL, KUANTAN

TARIKH / MASA :
6 OGOS 2010 – 2.30 PTG – 6.30 PTG
7 OGOS 2010 – 9.00 PG – 6.00 PTG
8 OGOS 2010 – 9.00 PG – 6.00 PTG

ANJURAN : KELAB TAEKWONDO KUANTAN (WTF) & PEJABAT PELAJARAN DAERAH KUANTAN

PENAJA UTAMA : BERJAYA MEGAMALL, KUANTAN

PENGERUSI TEKNIKAL KEJOHANAN : MASTER MICHAEL TAN KIM CHEE, PJK.

BILANGAN PESERTA & PEGAWAI : 400 ORANG

BILANGAN SEKOLAH YANG BERTANDING : LEBIH KURANG 40 BUAH SEKOLAH

KATEGORI:
BAWAH 18 TAHUN (LELAKI/PEREMPUAN)
BAWAH 15 TAHUN (LELAKI/PEREMPUAN)
BAWAH 12 TAHUN (LELAKI/PEREMPUAN)
BAWAH 9 TAHUN (LELAKI/PEREMPUAN)

JUARA KESELURUHAN MENGIKUT KATEGORI:

BAWAH 18 TAHUN LELAKI:
PERTAMA : SMK TANAH PUTIH, KUANTAN; 2 EMAS, 4 PERAK, 5 GANGSA
KEDUA : SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN; 3 EMAS, 1 PERAK, 1 GANGSA
KETIGA : SMK BESERAH, KUANTAN; 2 EMAS
KEEMPAT : SMV KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK

BAWAH 18 TAHUN PEREMPUAN:
PERTAMA : SMK TENGKU AFZAN, KUANTAN; 3 EMAS, 4 PERAK, 2 GANGSA
KEDUA : SMK (P) METHODIST, KUANTAN; 2 EMAS, 1 PERAK, 3 GANGSA
KETIGA : SMK BESERAH, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK
KEEMPAT : SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM, KUANTAN; 2 PERAK, 1 GANGSA

BAWAH 15 TAHUN LELAKI:
PERTAMA : SMK TANAH PUTIH, KUANTAN ; 4 EMAS, 1 GANGSA
KEDUA : SMK PERLABUHAN, KUANTAN; 2 EMAS, 4 GANGSA
KETIGA : SMK ALOR AKAR, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK, 1 GANGSA
KEEMPAT : SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK

BAWAH 15 TAHUN PEREMPUAN:
PERTAMA : SMK SULTAN ABU BAKAR, KUANTAN; 4 EMAS, 1 PERAK, 3 GANGSA
KEDUA : SMA AL-IHSAN, KUANTAN; 2 EMAS, 1 PERAK, 6 GANGSA
KETIGA : SMK ALOR AKAR, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK
KEEMPAT : SMK SULTANAH HAJJAH KALSOM, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK

BAWAH 12 TAHUN LELAKI:
PERTAMA : SK KAMPONG PADANG, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK, 1 GANGSA
KEDUA : SK JAYA GADING, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK
KETIGA : SK PANDAN, KUANTAN; 1 EMAS, 2 GANGSA
KEEMPAT : SK SUNGAI TALAM, KUANTAN; 2 PERAK, 1 GANGSA

BAWAH 12 TAHUN PEREMPUAN:
PERTAMA : SK (P) METHODIST, KUANTAN; 3 EMAS, 1 GANGSA
KEDUA : SJK (C) CHUNG CHING, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK
KETIGA : SK BUKIT SEKILAU, KUANTAN; 1 EMAS
KEEMPAT : SK JAYA GADING, KUANTAN; 1 PERAK, 1 GANGSA

BAWAH 9 TAHUN LELAKI:
PERTAMA : SK INDERA MAHKOTA, KUANTAN; 2 EMAS
KEDUA : INTEGRATED ISLAMIC SCHOOL, KUANTAN; 1 EMAS, 2 GANGSA
KETIGA : SK KAMPONG PADANG, KUANTAN; 1 EMAS
KEEMPAT : SK INDERA MAHKOTA UTAMA, KUANTAN; 1 EMAS

BAWAH 9 TAHUN PEREMPUAN:
PERTAMA : SK PANDAN, KUANTAN; 1 EMAS, 1 PERAK, 1 GANGSA
KEDUA : SK (P) METHODIST, KUANTAN; 1 EMAS
KETIGA : SK CENDERAWASIH, KUANTAN; 1 EMAS
KEEMPAT : SK ASSUNTA CONVENT, KUANTAN; 1 PERAK

Monday, June 14, 2010

Pendaftaran Evo Teakwondo Club (WTF) Diluluskan Oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia


Pada 4 Mei 2010, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia telah meluluskan pendaftaran Kelab Taekwondo Evo (WTF) / Evo Taekowndo Club (WTF) yang selama ini proses pendaftaran kelab kami tergendala akibat masalah berkaitan Malaysia Taekwondo Association (MTA).

Pengerusi Kelab bersama Bendahari Kelab telah menghadiri Majlis Taklimat Dan Penyerahan Sijil Pendaftaran Badan Sukan di Dewan Komenwel, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 31 Mei 2010. Majlis ini dihadiri oleh lebih 60 buah badan sukan yang lain.

Pada 10 Jun yang lepas, kami telah mengadakan AGM yang pertama dan dihadiri oleh 20 orang ahli kelab. Mesyuarat yang diadakan selama 2 jam 30 minit itu membincangkan mengenai beberapa perkara seperti perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk, Penggabungan dan Penaungan dibawah Taekwondo Malaysia (TM) dan Taekwondo Pahang serta beberapa perkara lain yang berkaitan.

Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) juga telah dihantar kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 12 Jun yang lepas bagi mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) - Seksyen 38(2)(b) MYKB dan Pekeliling Pesuruhjaya Sukan Bil.1/2008 (menggantikan Pekeliling Bil. 2/1998).

Keahlian kelab masih lagi dibuka kepada semua pengamal Taekwondo di seluruh Kuantan terutamanya dan pengambilan ahli akan diperkembangkan ke seluruh Pahang dan diperluaskan ke seluruh Malaysia.

Selepas ini, ETC akan menjalani proses seterusnya iaitu mendaftarkan kelab kepada Taekwondo Malaysia (WTF) dan menjadi ahli gabungan/bersekutu bagi Taekwondo Pahang (WTF). Pendaftaran Taekwondo Pahang (WTF) telah diluluskan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 8 Jun 2010 dan telah dimaklumkan oleh Setiausaha TM, Datuk David Samson Maman. Dan Pengerusi ETC, Mohd Azlan Bin Mohd Nawi telah dilantik menjadi Timbalan Presiden Penaja bagi Taekwondo Pahang (WTF). Taekwondo Pahang (WTF) bakal mengadakan AGM yang dijangka pada bulan Julai 2010.

Dengan kelulusan pendaftaran oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan ini, ETC berharap dapat menunaikan harapan baru terhadap sukan Taekwondo di daerah Kuantan. Pelbagai aktiviti bakal dirancang dan diadakan selepas ini. Kami juga akan menyediakan atlet-atlet untuk menyertai mana-mana kejohanan di pelbagai peringkat bagi memperkembangkan lagi bakat atlet-atlet kami.

ETC ingin mengucapkan terima kasih kepada Master Micheal Tan Kim Chee, PJK dari Kelab Taekwondo Kuantan/Kuantan Taekwondo Academy kerana telah banyak memberi tunjuk ajar berkaitan dengan pelbagai perkara mengenai pengurusan dan pendaftaran kelab. ETC akan terus bekerjasama dengan beliau di dalam semua aktiviti dan program.

ETC juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia di atas kelulusan pendaftaran ini.

Friday, June 11, 2010

Pemeriksa (Examiner) Yang Tidak Diiktiraf TM

Pihak kami baru sahaja menerima senarai Pemeriksa Yang Tidak Diiktiraf (Unqualified Examiner) oleh Taekwondo Malaysia dari sumber yang ingin kami mendedahkan perkara ini. Kami akan mendedahkannya dalam masa yang terdekat. Tujuan kami mendedahkan perkara ini bukan kerana ingin menabur pasir di dalam periuk nasi pihak terbabit tetapi sebagai langkah berjaga-jaga untuk saudara-saudara di dalam Taekwondo supaya tidak mengambil Pemeriksa yang tidak diiktiraf ini sebagai pemeriksa di tempat mereka. Ini kerana para pelajar yang akan menanggung kerugian dan akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Monday, May 24, 2010

"The Sith" Ingin Menguasai Pahang Semula

Pada hari Ahad (23 May 2010) yang lepas, Master Micheal Tan Kim Chee (Ketua Jurulatih Kuantan Taekwondo Academy) dijemput oleh wakil Taekwondo daripada daerah Temerloh untuk memberi penerangan bersama-sama wakil-wakil dari pada beberapa daerah berkaitan dengan penubuhan TAEKWONDO PAHANG (WTF). Pertemuan diadakan di sebuah Kopitiam yang telah beroperasi sejak 20 tahun lepas dan sangat terkenal di Mentakab, Pahang bermula pada jam 8 malam.

Rombongan kami terdiri daripada Master Micheal Tan Kim Chee, Sir Tommy Chia Yoke Kuan dan saya, Mohd Azlan Mohd Nawi. Dan antara daerah yang menghantar wakil adalah dari daerah Temerloh (Tuan Rumah), Kuala Lipis, Raub dan Maran, dan dilihat ada beberapa individu yang tidak dikenali yang mungkin mewakili kelab-kelab kecil di sekitar Pahang.

Tujuan perjumpaan ini diadakan sepatutnya berkisarkan penubuhan TAEKWONDO PAHANG (WTF) yang akan bernaung dibawah badan Taekwondo Kebangsaan yang baru iaitu TAEKWONDO MALAYSIA (WTF).

Tetapi semasa permulaan perbincangan ini, Ketua "The Sith" yang menjadi tuan rumah kali ini membuat ucapan pembukaan yang amat mengelirukan. Beliau berkata perbincangan kali ini berkaitan dengan;
1) Penubuhan persatuan baru yang mungkin mengambil masa yang panjang dan mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah
ATAU
2) Menggunakan persatuan yang sedia ada (Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF)) yang sememangnya telah wujud cuma perlu diberi pengubahsuaian dan sehingga hari ini bernaung di bawah MTA walaupun MTA telah dibubarkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Master Micheal Tan Kim Chee telah diberi peluang untuk memberi penerangan berkaitan dengan penubuhan TAEKWONDO PAHANG (WTF) kepada semua hadirin. Beliau menyatakan bahawa penubuhan persatuan baru ini adalah dibawah arahan TM (TAEKWONDO MALAYSIA) kerana hanya negeri Pahang yang tidak mempunyai persatuan negeri yang bernaung dibawah TM.

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil daerah ini adalah untuk menubuhkan KELAB yang diketuai oleh seorang Ketua Jurulatih. Ketua Jurulatih yang dilantik hendaklah memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh TM iaitu mempunyai kelayakan tali pinggang hitam (Blackbelt) peringkat kebangsaan sekurang-kurangnya 4th DAN, mempunyai Sijil Kejurulatihan Spesifik Tahap 1 (Taekwondo Coaching Specific Level 1), mempunyai Sijil Sains Sukan Tahap 1 (Sport Science Level 1) dan juga terdapat syarat bagi penubuhan Kelab seperti memiliki sekurang-kurangnya 10 orang pemegang tali pinggang hitam (Blackbelt), memiliki sekurang-kurangnya 50 orang pelatih dan sebagainya barulah layak kelab mereka ditubuhkan dan layak bernaung dibawah TAEKWONDO PAHANG (WTF) dan mempunyai 2 undi di dalam TAEKWONDO PAHANG (WTF).

Perkara yang tidak menyenangkan hati mereka adalah ketiadaan Sijil Sains Sukan Tahap 1(Sport Science Level 1) menjadi penghalang untuk mereka. Keperluan Sijil Sains Sukan ini adalah ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara kepada hampir semua sukan-sukan di Malaysia. Dan TM mewajibkan keperluan sijil ini untuk mendapatkan Sijil Kejurulatihan, atau untuk menjadi Ketua Jurulatih bagi kelab-kelab atau bagi mendapat kebenaran menjadi Pemeriksa (Examiner).

Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, mereka boleh menubuhkan kelab dan bernaung dibawah TAEKWONDO PAHANG (WTF) tetapi tidak mempunyai sebarang undi semasa Mesyuarat Agung Tahunan mahupun Mesyuarat Agung Pemilihan.

Malang sekali buat daerah yang terkenal dengan Ikan Patin tersebut, Ketua mereka tidak mempunyai kelayakkan yang ditetapkan. Oleh sebab itu mereka kembali dengan idea bagi menghidupkan semua pertubuhan yang selama ini mereka telah bernaung iaitu Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF).

Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF) telah lama dikuasai oleh "Dark Side" yang diketuai oleh ketua-ketua "The Sith" yang telah lama merosakkan Taekwondo di negeri Pahang. Walaupun nama pertubuhan tersebut "BERSATU", tetapi mereka telah lama tidak bersatu dan ada antara mereka telah keluar pertubuhan dan bernaung dibawah kelab-kelab luar dari negeri Pahang. Dan ada juga diantara mereka telah dilantik memegang jawatan utama di dalam MTA yang sudah dibatalkan pendaftarannya dan beroperasi seperti kongsi gelap di negara ini.

Seorang daripada pemimpin "The Sith" ini yang dikenali sebagai Siva yang juga bercakap mewakili daerah Temerloh menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan penubuhan TAEKWONDO PAHANG (WTF) ini kerana mereka sudah lama bernaung dibawah Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF) dan pertubuhan itu tidak langsung mempertikaikan keperluan untuk bernaung dibawah TM sebagai badan kebangsaan malah beliau juga mendakwa beliau adalah Setiausaha bagi pertubuhan tersebut yang telah membuat Perlembagaan Pertubuhan yang menyatakan pertubuhan itu secara "automatik" telah bersetuju dan bernaung dibawah TM.

Beliau juga sering menyebut perkataan "ambil balik jawatan Setiausaha di dalam Pertubuhan" kerana kenyataannya beliau bukan lagi Setiausaha Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF) dan jawatan tersebut telah dijawat oleh Encik Faizal. Siva hanya berangan-angan untuk mengembalikan kuasanya di dalam Pertubuhan dan ingin menyatukan semula Pahang dan ingin membawa Pertubuhan tersebut menyertai TAEKWONDO MALAYSIA. Keadaan ini jelas menunjukkan pihak mereka masih berangan-angan untuk menguasai negeri Pahang walaupun mereka tahu ramai di antara mereka tidak berkelayakkan untuk memenuhi syarat TM. Mereka masih ingin terus merosakkan Taekwondo negeri Pahang dan mungkin juga berhasrat untuk balik dengan tangan kosong di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan seperti SUKMA yang yang lepas yang diadakan di Terengganu.

TM telah memberi tempoh kepada semua kelab-kelab dan persatuan-persatuan negeri yang sedia ada sehingga 30 April 2010 untuk memohon untuk bernaung di bawah TM. Pekara ini juga telah disiarkan oleh Harian Metro bertarikh 11 Mac 2010 dan juga telah di"publish" di dalam blog kami. Malangnya Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF) tidak memohon bagi bernaung di bawah TM sehingga hari ini dan TM melalui wakilnya Datuk David Samson Maman telah mengarahkan kepada Master Micheal Tan Kim Chee bagi mewujudkan pertubuhan baru yang mewakili negeri Pahang yang diberi nama TAEKWONDO PAHANG (WTF).

Pihak The Sith ini masih lagi ingin menegakkan benang yang basah dan ingin membawa Pertubuhan Taekwondo Bersatu Pahang (WTF) untuk bernaung dibawah TM sedangkan mereka telah mengetahui mereka telah terlepas tarikh tutup penyertaan yang bertarikh 30 April 2010 dan disebabkan itu juga arahan telah dikeluarkan oleh TM bagi menubuhan TAEKWONDO PAHANG (WTF).

Pada asalnya Master Micheal Tan Kim Chee tidak bersetuju untuk menubuhkan pertubuhan baru ini dan menyatakan cukup sekadar Kelab Taekwondo Kuantan menjadi kelab perdana (premier club) yang bernaung di bawah TM kerana beliau telah sedia maklum bahawa begitu sukar untuk bekerjasama dengan pihak-pihak "The Sith" ini. Tetapi atas desakan oleh pihak TM yang meminta beliau menubuhkan juga pertubuhan negeri yang baru, akhirnya beliau bersetuju dan sedia berbincang dengan pihak-pihak "The Sith" ini.

Seperti yang telah diketahui, The Sith sememangnya tidak pernah bersedia bagi penubuhan pertubuhan baru ini di atas ketidaklayakkan mereka dan perjumpaan kali ini adalah sia-sia sahaja kerana apa yang dibangkitkan kemudian itu hanyalah sejarah lama yang menimbulkan perbalahan.

Lebih malang lagi apabila Ketua 'The Sith" yang menjadi ketua jurulatih Taekwondo di daerah Temerloh yang berumur lingkungan 60 tahun hanya berdiam diri dan tidak mampu memberi pendapat mahupun pandangan dan hanya membiarkan "anak-anak buah" beliau yang terus menyatakan angan-angan mereka. Kejadian "berdiam diri" ini berlaku mungkin kerana beliau sendiri tahu beliau tidak layak bagi menjadi ketua jurulatih bagi kelab tersebut kerana beliau sendiri tidak mempunya Sijil Sains Sukan Tahap 1 seperti yang telah ditetapkan oleh TM.

Sebelum mengakhiri perjumpaan yang sia-sia itu, Master Micheal Tan Kim Chee telah menyatakan bahawa beliau telah membuat permohonan bagi penubuhan TAEKWONDO PAHANG (WTF), dan setelah diluluskan oleh TAEKWONDO MALAYSIA dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, beliau akan memanggil semua ketua-ketua jurulatih serta jurulatih-jurulatih lain di seluruh Pahang yang berminat agar hadir bagi Mesyuarat Agung Pemilihan yang pertama, dan mereka yang berkelayakkan dibenarkan mengundi dan mencalonkan calon-calon mereka. Kami juga sedia menerima sesiapa sahaja bagi menjadi ketua pertubuhan baru ini dan berharap perjalanan pertubuhan baru ini lebih telus daripada pertubuhan yang sebelum ini.

Kami juga berharap agar semua ini selesai dengan segera agar TAEKWONDO PAHANG (WTF) dapat menghantar wakil bagi Mesyuarat Agung Pemilihan Pertama oleh TAEKWONDO MALAYSIA yang dijangka akan diadakan pada Julai 2010.

Di dalam laporan saya yang seterusnya nanti, saya akan senaraikan syarat-syarat yang ditetapkan oleh TM bagi kelayakkan menjadi Ketua Jurulatih, kelayakan menjadi Jurulatih, kelayakkan penubuhan Kelab serta kelayakkan menjadi Pemeriksa (Examiner).

Saya juga berharap agar pihak-pihak The Sith supaya hentikan berangan-angan, keluarkan diri dari Dark Side dan sertai pertubuhan yang sah dan yang berada di jalan yang benar kerana sekiranya mereka masih berdegil, yang menjadi mangsanya adalah ahli-ahli dan pelajar-pelajar mereka.

Monday, May 10, 2010


Thursday, May 6, 2010

Petikan The Star Online: Pro Sport live up to billing

Wednesday April 21, 2010

PRO Sport Taekwondo Club made it two in a row when they emerged overall cham-pions in the fifth Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championships held at the Kuala Lumpur Badminton Stadium recently.

Pro Sport came into the championships as the favourite and having won the title last year, they lived up to their billing by winning four gold, six silver and three bronze medals.

The champions owed their triumph to the prowess of their girls, who contributed three gold to their haul through Fazlin Amira Marnizam (light weight), Nurul Aini (welter) and Nur Sapura Sapuan (middle). Muhammad Alif Mazlan (fly) was their sole boys’ gold medallist.

Second were Koryo A, who won three gold, three silver and three bronze medals while Jagoh A came third with a haul of two gold, one silver and two bronze.

The three gold medals won meant Pro Sport emerged overall girls champions with Victory A (two gold, one bronze) second and Koryo A (1-1-2) third.

Koryo A emerged boys champions with two gold, two silver and one bronze, while Jagoh A (2-1-0) were second and Cemerlang C (2-0-0) third.

They also had more reasons to cheer as bantamweight Farrah Alissa Mohd Roslan was picked as the best girl exponent while Cemerlang’s Muhammad Khairiel Shah (bantam weight) was the best boy exponent.

Deputy Federal Territories and WellBeing Minister Datuk M. Saravanan, who presented the medals to the winners, said he was impressed by the support by the parents.

“I am impressed not only by the commitment shown by the exponents but also the support they have from their parents,” said Saravanan.

About 600 exponents from Klang Valley-based clubs competed in the one-day championship for 20 gold medals – 10 each for the boys and girls.

The next leg of the championship will be held in Ipoh on May 8 with entry limited to 400 exponents.

Free Taekwondo Clinic

The Korean Taekwondo Association in Malaysia assisted by the Olympic Council Malaysia will be hosting a Masters Level Taekwondo Clinic on May 12 from 5 - 7pm at the Wisma OCM Sports Arena. The free clinic will be conducted by 19 experts from South Korea who will also be organising a demonstration on May 11 at 8pm. Admission is on a first come first serve basis. For details, call ES Tan at 012-660 9426 or email estan.9919@yahoo.com

-petikan diambil dari The Star Online (28 April 2010)

Monday, May 3, 2010

Online Martial Arts Store - azlan82.lelong.com.my

azlan82.lelong.com.my
  • Stor online yang dikendalikan oleh Lelong.com.my
  • Stor kami mula beroperasi sejak April 2009
  • Menjual dan menyediakan semua jenis produk seni mempertahankan diri: Taekwondo, Silat, Karate, Judo dan sebagainya dengan harga yang amat berpatutan
  • Menggunakan perkhidmatan kuarier bagi memastikan produk yang ditempah oleh pelanggan selamat sampai ke hadapan pintu rumah pelanggan
  • Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd Azlan di talian 012-9801770 atau email azlan_etc@yahoo.com



Contoh Produk:










Wednesday, April 21, 2010

Petikan Bernama: 14 April 2010 : Khidmat Pesuruhjaya Sukan Disambung Enam Bulan Lagi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kontrak perkhidmatan Datuk Nik Mahmud Nik Yusof sebagai Pesuruhjaya Sukan dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi menyelesaikan semua isu-isu yang masih tertangguh.

Beliau ditawarkan kontrak selama dua tahun untuk memegang jawatan itu bermula April 2008 oleh Kementerian Belia dan Sukan dan tempoh kontraknya berakhir hari ini.

Dalam temuramah khas dengan Bernama di pejabatnya di sini hari ini, Nik Mahmud berkata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek telah memaklumkan kepadanya mengenai sambungan kontrak tersebut.

"Sebab utama kontrak saya disambung adalah bagi menyelesaikan beberapa penyelesaian isu berkaitan persatuan sukan yang kini dalam tindakan akhir pihak pejabat pesuruhjaya sukan," katanya.

Nik Mahmud dilantik sebagai Pesuruhjaya Sukan mengantikan tempat Tan Sri Elyas Omar pada 14 April 2008.

Beliau berkata masalah yang paling rumit yang kini dalam tindakan akhir adalah berkaitan dengan penubuhan persatuan Taekwondo Malaysia (TM) yang akan selesai sepunuhnya pada Jun ini apabila TM akan mengadakan mesyuarat agung pertamanya.

TM yang menjadikan badan induk bagi taekwondo didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhanjaya Sukan (PPS) pada 18 Feb lepas bagi mengantikan Persatuan Taekwando Malaysia (MTA) dibatalkan pendaftarannya oleh PPS.

Beliau berkata satu lagi kes yang kini dalam tindakan akhir pihaknya ialah berhubung dengan masalah dalaman yang dihadapi oleh Persatuan Pemain-pemain Golf Malaysia (MPGA).

"Bagi menyelesaikan masalah dalaman MPGA, satu jawatankuasa pemandu akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini dan ianya dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya.

MPGA mula berdepan masalah kepimpinan pada penghujung 2006 bila mesyuarat agung luar biasanya (EGM) ditangguhkan tetapi terdapat pihak yang meneruskan EGM itu dan melantik jawatankuasa baru.

Nik Mahmud berkata selain daripada menyelesaikan masalah berhubung isu persatuan sukan, beliau juga perlu menyelesaikan beberapa perkara lain lagi.

"Apa pun saya akan berusaha untuk menyelesaikanya sebelum melepaskan jawatan ini," katanya.

Kerjaya Nik Mahmud di Kementerian Belia dan Sukan, bermula sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (2003-2004) dan Ketua Setiausaha (2004-2005) sebelum dilantik sebagai Pengerusi Panel Penasihat Sukan (2005-2008).

-- BERNAMA