Wednesday, October 22, 2008

Produk DAEDO

PROMOTION !!! UNTIL 15 NOVEMBER 2008...

ZA1800G - Comfort Shoes - RM130.00
(Normal price - RM150.00)
PR2055G - Head Guard - RM130.00
(Normal price - RM170.00)



For more info, please contact;
Mr. Zully Putra (HQ Cheras) - 0162612463
Sir Mohd Azlan (Kuantan Branch) - 0129801770

Monday, October 13, 2008

Petikan dari Sinar Harian

Empat orang pelatih Taekwondo dari ETC yang menduduki ujian kelayakkan tali pinggang hitam pada 14 September 2008 telah menerima tajaan satu set Blackbelt Uniform (Dobok) berjenama Daedo yang bernilai RM180 setiap satu set daripada Zully Putra Martial Arts Supply.
*Zully Putra Martial Arts Supply adalah satu-satunya pengedar uniform & peralatan Taekwondo berjenama Daedo di Malaysia.
*Daedo adalah penaja rasmi bagi Sukan Olimpik Beijing 2008.
*Klik pada gambar untuk lihat petikan Sinar Harian dengan lebih jelas

Wednesday, October 8, 2008

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang Pada Bulan Ramadhan Mendapat Sambutan Ramai

Buat pertama kali, Kuantan Taekwondo Academy menganjurkan Ujian Kelayakkan Tali Pinggang (Grading) di dalam bulan Ramadhan telah mendapat sambutan yang menakjubkan daripada semua ahli Taekwondo di seluruh Kuantan, Pahang.
Ujian tersebut diadakan pada 14 September 2008 di Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist, Kuantan bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang disertai seramai 500 orang peserta.
Malah, yang lebih menarik, ujian kelayakkan bagi Tali Pinggang Hitam juga diadakan pada hari tersebut dan menjadikan ujian ini lebih mencabar kerana terdapat peserta yang beragama Islam yang menjalani ibadat berpuasa juga menduduki ujian Kelayakkan Tali Pinggang Hitam.
Menurut Pengerusi Kuantan Taekwondo Academy dan juga selaku Penguji (Examiner) bagi ujian tersebut, walaupun ujian ini diadakan pada bulan Ramadhan, silibus yang diuji tidak dipermudahkan. Ujian seperti pergerakan Patern (Taegeuk), asas teknik tangan dan tendangan & sparring tetap diuji.



Ralat : Master Michael Tan Kim Chee adalah Pengerusi Kuantan Taekwondo Academy bukan Pengerusi World Taekwondo Federation seperti yang dinyatakan di dalam akhbar ini.

(Klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)