Wednesday, January 21, 2009

Sambutan Luarbiasa Di SK Kampong Padang, Kuantan

(gambar tahun 2005 - sekadar hiasan)
Sambutan pelajar SK Kampong Padang, Kuantan amat luarbiasa terhadap kelas Taekwondo yang diadakan pada hari Ahad yang lepas. Terima kasih kepada Guru Penasihat Kelab Taekwondo, Puan Ros Azimah kerana mempromosikan kelab Taekwondo di sekolah tersebut.
Dianggarkan sekitar 40 orang pelajar SK Kampong Padang, Kuantan menghadiri kelas percubaan pada hari tersebut dan masih ada 2 sessi kelas percubaan lagi yang akan diadakan pada bulan ini iaitu pada 24 & 30 Januari 2009 pada hari Ahad jam 8.00 pagi.
Pada minggu ini, pihak sekolah telah mengedarkan surat makluman mengenai kelab Taekwondo kepada semua pelajar di SK Kampong Padang. Diharapkan kelas pada hari Ahad ini akan mendapat sambutan yang lebih baik daripada pelajar-pelajar SK Kampong Padang.

Thursday, January 15, 2009

Kelab Taekwondo WTF SK Pandan, Kuantan

Pada hari Rabu (14 Januari 2009), Puan Maznah, Guru Besar baru SK Pandan telah singgah untuk melihat pelatih-pelatih Taekwondo semasa sessi latihan jam 4.00 petang pada hari tersebut di Dewan Terbuka SK Pandan.
Beliau amat kagum dengan wujudnya kelas Taekwondo di situ kerana sememangnya sudah menjadi cita-cita beliau untuk mewujudkan kelab Taekwondo di sekolah tersebut. Beliau telah melapor diri sebagai Guru Besar baru bagi SK Pandan pada awal tahun 2009 dan sebelum ini beliau adalah Guru Besar bagi SK Batu 3, Kuantan. Semasa beliau di SK Batu 3, beliau amat berbangga dengan prestasi kelab Taekwondo yang ada di sekolah tersebut. Dan beliau berharap agar prestasi yang sama akan ditunjukkan oleh Kelab Taekwondo WTF SK Pandan ini.
Sebelum ini kelas Taekwondo di SK Pandan diadakan sebagai aktiviti luar atau aktiviti tambahan di sekolah tersebut. Beliau menyambut baik cadangan ETC bagi mewujudkan Kelab Taekwondo WTF SK Pandan yang rasmi di sekolah tersebut. Beliau juga meminta agar jurulatih Mohd Azlan dapat berhubung dengan GPK Kokurikulum SK Pandan, Puan Norasyikin untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini.
Ribuan terima kasih dikalungkan kepada Puan Maznah dan kami di ETC serta pelatih-pelatih Taekwondo di SK Pandan amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan oleh beliau.

Tuesday, January 13, 2009

ETC sokong kempen anti-Israel & boikot produk Amerika

Kami di ETC menyokong penuh kempen anti-Israel dan memboikot semua produk-produk Amerika Syarikat. Kekejaman yang dilakukan oleh Israel ke atas bumi Palestin/Gaza tidak dapat dimaafkan. Israel yang zalim itu dengan tidak berperikemanusiaan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa terutama wanita dan kanak-kanak. Israel sememangnya layak untuk digelar NEGARA PENGGANAS...
Selama berpuluh tahun Israel melakukan kekejaman di bumi Palestin tanpa dapat disekat oleh mana-mana kuasa besar seperti PBB atas sokongan sekutunya, Amerika Syarikat. Amerika Syarikat tidak layak menggelarkan pihak lain sebagai pengganas kerana Amerika Syarikat sendiri adalah penyokong keganasan dan Amerika Syarikat sendiri adalah pengganas kerana bersekutu dengan Israel dan menyerang negara-negara lain seperti Iraq.
ETC tidak nampak bakal presiden baru Amerika, Barack Obama dapat melakukan perubahan ke atas pemerintahan Amerika Syarikat. ETC juga yakin bahawa Amerika Syarikat di bawah pentadbiran presiden barunya tidak dapat menyekat tindakan Israel daripada menyerang Palestin.
Negara manakah lagi bakal menjadi sasaran Amerika Syarikat dan Israel selepas ini?
Yang pasti, ia adalah sebuah negara Islam.

Sunday, January 11, 2009

Kelas latihan pertama 2009 dimulakan di semua tadika sekitar Kuantan

Kelas latihan pertama Taekwondo telah dimulakan di semua tadika di sekitar Kuantan. Tadika Pintar Ilmu, Bandar Damansara Kuantan telah memulakan latihannya pada hari Rabu - 7 Januari 2009 bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai 20 orang pelatih yang telah menyertai kelab taekwondo di tadika tersebut.
Manakala Tadika Sinar Imani, Kampong Padang Jaya, Kuantan telah memulakan latihan pada hari Khamis-8 Januari 2009 jam 8.30 pagi. Seramai 25 orang pelatih yang telah menyertai kelab taekwondo di tadika tersebut.
Kelas Taekwondo di Al-Kauthar Centre, Astana View, Kuantan telah diadakan pada hari Jumaat-9 Januari 2009 pada jam 5.00 petang. Seramai 21 orang telah menyertai latihan pada hari tersebut.
Latihan dijalankan dengan lancar dikesemua pusat-pusat latihan tersebut dan semua pelatih telah menunjukkan minat serta kesungguhan semasa mengikuti latihan. Diharapkan prestasi oleh kesemua pelatih di semua pusat latihan akan berkekalan sepanjang tahun 2009.

Wednesday, January 7, 2009

Pendaftaran dibuka di sekolah-sekolah sekitar Kuantan


Pengambilan pelajar-pelajar baru bagi Kelab Taekwondo di semua sekolah kini dibuka. Sekolah-sekolah seperti SMA Al-Ihsan, SK Fakeh Abd Samad, SK Kampong Padang dan SK Jaya Gading akan mengedarkan surat makluman mengenai kelas taekwondo yang akan diadakan di sekolah-sekolah tersebut.
Yuran Tahunan 2009 adalah RM15 sahaja manakala Yuran Bulanan adalah RM15 sahaja.
Pada tahun ini hanya yuran tahunan sahaja dinaikkan dari RM10 kepada RM15 kerana yuran tahunan diperlukan bagi membeli peralatan-peralatan baru untuk latihan dan kejohanan. Dan pelajar juga akan dilindungi insurans kelompok khas untuk semua aktiviti-aktiviti taekwondo dan aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh ETC atau Kuantan Taekwondo Academy sepanjang 2009.
Sekolah-sekolah seperti SK Pandan & SK Sungai Talam masih belum menubuhkan Kelab Taekwondo rasmi, sepanjang 2 tahun ini kelas Taekwondo di sekolah-sekolah tersebut diadakah sebagai aktiviti tambahan atau aktiviti luar sahaja walaupun kelas tersebut diadakan di dalam kawasan sekolah. Diharapkan tahun ini Guru Besar atau GPK Kokurikulum sekolah-sekolah tersebut dapat menjadikan kelab taekwondo ini sebagai salah satu kelab rasmi di sekolah.
Diharapkan tahun ini lebih ramai pelajar yang berminat untuk menyertai kelab Taekwondo kerana kami memerlukan atlet-atlet pelapis bagi sukan ini. Sukan Taekwondo adalah sukan yang berpotensi untuk meraih pingat di dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan sebagainya. Diharapkan juga masalah-masalah yang berlaku diantara MTA, MTF dan MTCA dapat diselesaikan dengan segera.






(klik pada gambar untuk saiz besar)

Monday, January 5, 2009

Pendaftaran 2009 di Tadika-Tadika Dibuka...

Pendaftaran Kelab Taekwondo di tadika-tadika dibawah pengurusan ETC telah membuka pendaftaran bagi pengambilan ahli-ahli baru. Tadika-tadika yang terlibat adalah:

Tadika Sinar Imani, Kg Padang Jaya, Kuantan - Puan Aiza : 019-9101233
Tadika Pintar Ilmu, Indera Mahkota, Kuantan - Puan Amy : 017-9618638
Tadika Pintar Ilmu, Bandar Damansara Kuantan - Puan Atie : 09-5661178
Al-Kauthar Center, Astana View, Kuantan - Ustaz Azlan : 013-9398456

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi guru-guru/pengurus-pengurus tadika di atas atau hubungi jurulatih Mohd Azlan di talian 012-9801770 / 019-9136064.


(klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar)

Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU : 2009


Kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru (2009) kepada semua warga negara Malaysia terutama kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dengan ETC.
Terima kasih kepada para pelatih serta ibubapa/penjaga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menlatih dan mendidik anak-anak anda. Terima kasih juga kepada pembekal-pembekal produk Taekwondo, OMAS & Zully Putra Martial Arts Supllies atas sokongan serta tajaan yang diberikan kepada kami. Ribuan terima kasih buat Sinar Harian Edisi Pahang terutama buat saudari Rosilawati Rosedi kerana telah banyak membantu kami dari aspek promosi serta penyiaran artikel berkaitan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang banyak membantu kami mengendalikan kelab-kelab taekwondo di sekolah-sekolah.
Terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan kepada kami di dalam tahun 2008. Kami berharap kerjasama daripada anda pada tahun-tahun yang akan datang dapat diteruskan.