Monday, November 1, 2010

Sessi Pemilihan 31 Oktober 2010 : Kuantan VS Pahang

Sessi pemilihan bagi mewakili negeri Pahang ke 1st TM/NSC/MILO National Junior & Senior Tkd Championship 2010 menyaksikan pelbagai ketidakadilan yang berlaku sepanjang proses pemilihan.

Jelas yang berlaku menggambarkan atlet-atlet dari Kuantan menentang keseluruhan negeri Pahang, bukan sekadar peserta dari daerah lain tetapi termasuk juga dengan pengadil-pengadil pemilihan.

Pemilihan yg kelihatan tidak teratur dimulai dengan Kelas Latihan Taekwondo oleh pihak Temerloh/Mentakab mengakibatkan kekeliruan oleh ibubapa & peserta kami kerana agenda yang sepatutnya diadakan adalah perlawanan pemilihan & bukannya kelas latihan. Dan latihan itu terus dilakukan oleh pihak mereka bersebelahan dengan tempat pemilihan walaupun sessi pemilihan bermula. Ia amat mengganggukan & menyebabkan suasana menjadi sesak.

Tuan rumah juga tidak menyediakan tempat yang sesuai, selamat & selesa bagi pengadil-pengadil & peserta-peserta dengan kelengkapan yang tidak mencukupi. Ketiadaan tikar perlawanan (Matt) menyebabkan peserta-peserta menghadapi risiko tinggi sekiranya jatuh semasa bertanding. Kebimbangan itu ternyata benar apabila ramai peserta-peserta yang terjatuh semasa bertanding mengalami kecederaan di lengan, siku & lutut setelah jatuh.

Tempat bertanding juga diadakan di tempat yang terbuka & panas menyebabkan peserta-peserta & jurulatih tidak selesa.

Sepanjang pemilihan dijalankan, peserta-peserta dari Kuantan terpaksa menentang beberapa peserta dari daerah lain yang tidak mematuhi peraturan & bertanding secara kotor. Aksi peluk memeluk, tolak menolak, jatuh dengan sengaja berulang-ulang kali & mengelak dari bertanding jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketidakadilan oleh pengadil yang tidak mengambil sebarang tindakan atas kesalahan yang jelas kelihatan & berulang-ulang itu. Pengadil hanya mengambil tindakan memotong markah setelah beberapa kali didesak oleh penonton. Dan teramat jelas pengadil itu amat berat sebelah. Sekiranya pemotongan markah dilakukan secara adil & betul, ramai peserta mereka akan hilang kelayakkan bertanding (disqualified).

Dan amat jelas, ketua pengadil pemilihan juga tidak memainkan peranan memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh pengadil tengah (center referee). Pengadil-pengadil sudut (corner judges) juga diambil secara rawak dikalangan jurulatih & pelajar mereka. Dan lebih teruk lagi, mereka juga mengambil pengadil sudut dari kalangan peserta mereka yang telah tewas di dalam pemilihan itu. Kami amat meragui ketulusan & kecekapan pengadil-pengadil sepanjang pemilihan dijalankan.

Kesemua kejadian ini telah dirakam dan kami mempunyai bukti yang kukuh bagi setiap dakwaan kami. Tekanan yang kami alami bukan sekadar bertanding dengan peserta mereka, tetapi turut bertanding dengan pengadil-pengadil mereka dan sistem pemilihan yang tidak telus. Perkara ini seumpama daerah Kuantan menentang seluruh negeri Pahang.

Senarai peserta dari daerah Kuantan yang terpilih akan disiarkan setelah mendapat senarai rasmi daripada Taekwondo Pahang.