Friday, January 2, 2009

SELAMAT TAHUN BARU : 2009


Kami mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru (2009) kepada semua warga negara Malaysia terutama kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dengan ETC.
Terima kasih kepada para pelatih serta ibubapa/penjaga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menlatih dan mendidik anak-anak anda. Terima kasih juga kepada pembekal-pembekal produk Taekwondo, OMAS & Zully Putra Martial Arts Supllies atas sokongan serta tajaan yang diberikan kepada kami. Ribuan terima kasih buat Sinar Harian Edisi Pahang terutama buat saudari Rosilawati Rosedi kerana telah banyak membantu kami dari aspek promosi serta penyiaran artikel berkaitan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan. Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung yang banyak membantu kami mengendalikan kelab-kelab taekwondo di sekolah-sekolah.
Terima kasih kepada anda semua atas sokongan yang diberikan kepada kami di dalam tahun 2008. Kami berharap kerjasama daripada anda pada tahun-tahun yang akan datang dapat diteruskan.

Monday, December 22, 2008

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang Mendapat Sambutan Sederhana

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang yang diadakan pada 21 Disember 2008 mendapat sambutan sederhana oleh para pelatih. Memang seperti kebiasaan pada cuti sekolah akhir tahun para pelatih pergi bercuti bersama keluarga dan ada juga yang berkhatan dan ada juga yang pulang ke kampung.
Seramai 97 orang peserta mewakili ETC telah menduduki ujian tersebut dan kesemuanya telah mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dengan baik sekali. Ujian tersebut berjalan dengan lancar bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 1 tengahari.
Walaubagaimanapun, pihak penganjur dan pihak ETC sendiri berasa kesal berkenaan sikap sesetengah pelatih kerana tidak hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Pelatih diminta hadir pada jam 8 pagi bagi pelatih bertalipinggang putih & kuning manakala hadir pada jam 10 pagi bagi talipinggang hijau, biru dan merah. Tetapi masih terdapat pelatih yang tidak mematuhi arahan yang diberikan dan memberikan pelbagai alasan yang remeh seperti lewat bangun tidur, lupa berkenaan dengan waktu kehadiran dan sebagainya. Hal seperti ini akan mengganggu kelancaran ujian.
Diharapkan ibubapa/penjaga serta pelatih sendiri supaya lebih peka mengenai perkara ini supaya ujian-ujian pada akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.
Kami mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas (ahli bertalipinggang hitam) serta jurulatih-jurulatih yang hadir. Mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan telah menunjukkan teladan, disiplin dan semangat kerjasama yang baik kepada pelatih-pelatih yang lain. Diharapkan mereka akan melibatkan diri juga di dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Kejohanan Taekwondo Ditunda ke 2009

Kejohanan Taekwondo yang dicadangkan untuk diadakan pada 27 & 28 Disember 2008 ini terpaksa dibatalkan kerana penyertaan oleh pelatih setakat ini tidak mencapai 100 orang. Ini kerana pada penghujung tahun ini ramai pelatih bersama keluarga pergi bercuti, pulang ke kampung dan mereka yang beragama Kristian akan merayakan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
Pengerusi Kuantan Taekwondo Academy, Master Michael Tan Kim Chee berkata kejohanan ini akan ditunda buat sementara dan akan diadakan pada awal tahun 2009 sekitar bulan Februari & Mac.

Kepada pelatih ETC yang telah menghantar borang & membuat pembayaran yuran penyertaan, anda boleh membuat tuntutan semula yuran penyertaan tersebut mulai hari ini daripada jurulatih anda.

Walaubagaimanapun, latihan sparring akan tetap dijalankan pada minggu ini dan diharapkan kepada semua pelatih dapat hadir pada hari-hari latihan di pusat latihan anda.

Mohd Asyraf Che Hasnan & Teoh Joshua menjalani latihan sparring sambil diperhatikan oleh Abdul Razif Abdul Razak

Tuesday, December 9, 2008

Siapakah Presiden MTA yang sebenar?

Siapakah Presiden MTA yang sebenar?
Saya telah terbaca beberapa artikel di akhbar-akhbar tempatan mengenai isu-isu semasa berkenaan MTA sejak kebelakangan ini. Yang amat mengelirukan saya adalah, siapakah Presiden MTA yang sebenar? Ho Kam Phaw? Raja Taharudin Raja Nong Chik? Saya sendiri kurang pasti dengan keadaan MTA sekarang kerana masih berlaku pergolakan dalaman yang belum selesai.

Sila rujuk petikan artikel yang dipetik dari NST & The Star.


Artikel 1:

MTA wants clubs as members before April
NST Online : 20 November 2008
By DEVINDER SINGH

THE Malaysian Taekwondo Association (MTA) hopes to include clubs among its members by no later than next April.
Talks on amending the MTA constitution to unite with the Malaysia Taekwondo Clubs Association (MTCA) and the Malaysia Taekwondo Federation (MTF) began on Nov 12 with the next meeting set for today. The Sports Commissioner’s Office is chairing the meetings.
MTA chairman Rosli Ismail said talks with MTCA and MTF are expected to continue until December before an agreement on the amended constitution can be reached by all parties.
“The Sports Commissioner’s Office convened a working committee comprising representatives of MTA, MTCA and MTF and the first meeting was held on Nov 12.
“The objectives of the committee include amending the constitution as per the ‘Akujanji’ given by MTA to the Sports Minister, obtain contributions from the representatives on the proposed amendments and unify the existing bodies into one unified MTA body,” said Rosli during a press conference at Balai Berita yesterday.Once the amended constitution is ready, MTA will call for an extraordinary general meeting (EGM) to ratify the changes.
“The EGM must be held by February the latest as the next biennial general council (BGC) is scheduled for no later than April 30, 2009 for a new two-year term. Two months notice must be given for the BGC,” said Rosli.
MTA president Ho Kam Phaw said they remain the legitimate office bearers of MTA after their mandate was returned by the Sports Commissioner Datuk Nik Mahmud NIk Yusof in August.
“Contrary to what has been reported recently, we want to assure the public that we are still the legitimate office bearers of MTA as per the Sports Commissioner’s letter. There has been some confusion about that recently and we have not been informed of any changes by any party,” he added.




Artikel 2:

SEA Games hopefuls shortlisted
The Star : 24 March 2008

By NG WEI LOON
weiloon@thestar.com.my

THE recent Malaysian Closed Taekwondo Championships, held at the Olympic Council of Malaysia (OCM) Indoor Sports Arena, served as a selection base to identify new talents.
The event was also well received by spectators, who enthusiastically cheered the participants during the exciting decisive bouts that kept them on edge. Their rousing applause and roaring vocal support complemented the exponents' forceful exploits as they vied for supremacy on the competition arena.
Malaysian Taekwondo Association (MTA) president Raja Taharudin Raja Nong Chik said the spectators were excited at watching the keenly contested battles in the senior categories.
”The participants tried very hard to make an impact. We are delighted with their effort to strive for improvement.
“Our technical officials were making their rounds to identify exponents with good physique and height. They do not have to be winners in their respective categories; our aim is to identify young exponents and groom them for the next SEA Games in Laos in 2009,” said Raja Taharudin.
In the last SEA Games in Korat, Thailand, Malaysia won two gold medals through Elaine Teo and Che Chew Chan. Both Teo and Che have qualified for the Beijing Olympics.
Raja Taharudin said they were looking forward to doubling the golden haul in Laos.
“The Closed championships will be the first step towards realising our target in Laos. We have plans to initiate more competitions this year. We want our exponents to maintain their competitive condition and be ready to shoulder the challenge in international events. Besides the sparring events, we are also emphasising on the pattern events,” added Raja Taha-rudin.
The two-day meet drew 500 competitors, including 300 junior exponents. On the opening day, youngsters aged from 14 to 17 years took part in the 10 weight categories each for the boys' and girls' sections.
MTA vice-president Mislan Anuar said they were pleased with the overwhelming turnout.
“Despite the short notice, taekwondo enthusiasts showed their commitment to competing and gauging their progress against other exponents. The tournament was also an opportunity for the exponents to gain exposure as part of their preparation for the upcoming Malaysia Games (Sukma),” he added.
National coaches R. Dhanaraj and Moi Chee Keong followed the proceedings of the competition closely to identify promising exponents.
Moi said it was important to create healthy competition among the junior contenders to broaden the selection base.
“We have shortlisted several hopefuls. We will conduct the elimination process again to rope the best into our 2010 Project,” he added.
In the men's middleweight category, Ismail Othman of Malay-sian Armed Forces (ATM) gave his supporters reason to cheer when he prevailed against Fong Kin Leong of Kuala Lumpur in one of the interesting final encounters.
The 32-year-old army officer, based in Setapak, said he was fired up and went all the way to capture the title for his team.
“I have been involved in the art for the past 10 years. I am happy to have bagged my first title in the competition. I had trained for the past two weeks as a build-up to the tournament. But, I felt fatigue in the final because I was not in top shape physically,” Ismail added.

Kejohanan Taekwondo MTF Sekolah - Sekolah Daerah Kuantan 2008

Kejohanan ini telah berubah tarikh ke 27 & 28 Disember 2008 bertempat di SK (P) Methodist, Kuantan. Sebanyak 420 pingat disediakan untuk para pemenang, setakat ini cuma 100 orang peserta telah mendaftarkan diri dan kami masih menunggu penyertaan daripada pelatih-pelatih di seluruh Kuantan.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM15.00 sahaja. Borang penyertaan boleh didapati melalui jurulatih.

Kami daripada Evo Training Centre mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha & Merry Christmass seluruh rakyat Malaysia...

Sunday, November 30, 2008

Produk OMAS (Promosi)

PROMOSI SEHINGGA 15 DISEMBER 2008



ACC5015 - Martial Arts Shoe(Leather)
Size 39/40/41/42/43/44/45 - RM80.00
(Normal Price - RM95.00)

PE3016 + PE3017 - PVC Shin & Forearm Guard (1 Set)
Size S & L - RM60.00
(Normal Price - RM74.00)


For more info, please contact;
Mohd Azlan - 0129801770

*Nota - Harga yang tersenarai diatas tidak termasuk kos penghantaran

Tarikh Ujian Kelayakkan Tali Pinggang Diawalkan

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang (Grading) telah diawalkan 1 minggu dari tarikh asal iaitu 28 Disember 2008 ke tarikh 21 Disember 2008 kerana menghormati penganut agama kristian yang bercuti bagi menyambut perayaan Krismas. Ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal bagi menduduki ujian ini.
Manakala kejohanan Taekwondo yang dijangka akan diadakan pada 6 - 7 Disember ini pula telah ditukarkan ke 29 - 30 Disember 2008 bagi menghormati umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 8 Disember 2008.
Diharapkan semua pelajar telah bersedia bagi menduduki ujian dan menyertai kejohanan yang bakal berlangsung di dalam bulan Disember ini.

Wednesday, November 19, 2008

Jadual Kelas Latihan Taekwondo Untuk Cuti Sekolah

Rabu -
4.30 petang - 6.30 petang - SK Jaya Gading, Kuantan

Khamis -
9.00 pagi - 11.00 pagi - SK Pandan, Kuantan
12.00 tgh - 1.00 tgh - Al-Kauthar Centre, Astana View, Kuantan
2.00 ptg - 4.00 ptg - SK Kampung Padang, Kuantan
5.30 ptg - 6.30 ptg - Tadika Pintar Ilmu, Damansara Kuantan

Jumaat -
8.00 mlm -10.00 mlm - Dewan Serbaguna Cina, Taman Tas Ria, Kuantan

Sabtu -
8.30 pagi - 10.30 pagi - SK Sungai Talam, Kuantan
2.30 ptg - 4.30 ptg - SK Faked Abd Samad, Kuantan

Ahad -
11.30 pg - 1.30 ptg - Dewan Sg Isap Damai, Kuantan

*Jadual ini berkuatkuasa mulai 15 November 2008 hingga 31 Disember 2008 sahaja
*Ujian kelayakkan Taekwondo akan diadakan pada 28 Disember 2008

SK Sg Talam Kuantan Mencari Lebih Ramai Bakat Baru


PELATIH TAEKWONDO SK SUNGAI TALAM, KUANTAN

Kelab Taekwondo SK Sg Talam kini membuka keahlian kepada peserta-peserta baru bagi pendaftaran tahun 2009. Bilangan pelajar Taekwondo di sekolah ini kini adalah 20 orang. Kami kini ingin mencari lebih banyak bakat perempuan kerana hingga hari ini terdapat cuma 3 orang sahaja pelatih perempuan di dalam kelab ini.
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Kelab Taekwondo SKST, sila hubungi Pengerusi Kelab Taekwondo SKST, M. Lutfi Bin M. Shukri atau hubungi jurulatih Mohd Azlan di talian 012-9801770.

Monday, November 17, 2008

MARTIAL ARTS COMMUNITY MALAYSIA

Daftarlah sekarang sebagai ahli komuniti MCM. Anda berpeluang menyertai pelbagai program anjuran MCM disamping memperolehi pelbagai info berkenaan Seni Beladiri di Malaysia. Sertai sekarang, pelbagai aktiviti menarik menanti anda.