Monday, December 22, 2008

Kejohanan Taekwondo Ditunda ke 2009

Kejohanan Taekwondo yang dicadangkan untuk diadakan pada 27 & 28 Disember 2008 ini terpaksa dibatalkan kerana penyertaan oleh pelatih setakat ini tidak mencapai 100 orang. Ini kerana pada penghujung tahun ini ramai pelatih bersama keluarga pergi bercuti, pulang ke kampung dan mereka yang beragama Kristian akan merayakan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
Pengerusi Kuantan Taekwondo Academy, Master Michael Tan Kim Chee berkata kejohanan ini akan ditunda buat sementara dan akan diadakan pada awal tahun 2009 sekitar bulan Februari & Mac.

Kepada pelatih ETC yang telah menghantar borang & membuat pembayaran yuran penyertaan, anda boleh membuat tuntutan semula yuran penyertaan tersebut mulai hari ini daripada jurulatih anda.

Walaubagaimanapun, latihan sparring akan tetap dijalankan pada minggu ini dan diharapkan kepada semua pelatih dapat hadir pada hari-hari latihan di pusat latihan anda.

Mohd Asyraf Che Hasnan & Teoh Joshua menjalani latihan sparring sambil diperhatikan oleh Abdul Razif Abdul Razak

No comments: