Monday, December 22, 2008

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang Mendapat Sambutan Sederhana

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang yang diadakan pada 21 Disember 2008 mendapat sambutan sederhana oleh para pelatih. Memang seperti kebiasaan pada cuti sekolah akhir tahun para pelatih pergi bercuti bersama keluarga dan ada juga yang berkhatan dan ada juga yang pulang ke kampung.
Seramai 97 orang peserta mewakili ETC telah menduduki ujian tersebut dan kesemuanya telah mempamerkan bakat dan kebolehan mereka dengan baik sekali. Ujian tersebut berjalan dengan lancar bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 1 tengahari.
Walaubagaimanapun, pihak penganjur dan pihak ETC sendiri berasa kesal berkenaan sikap sesetengah pelatih kerana tidak hadir tepat pada masa yang ditetapkan. Pelatih diminta hadir pada jam 8 pagi bagi pelatih bertalipinggang putih & kuning manakala hadir pada jam 10 pagi bagi talipinggang hijau, biru dan merah. Tetapi masih terdapat pelatih yang tidak mematuhi arahan yang diberikan dan memberikan pelbagai alasan yang remeh seperti lewat bangun tidur, lupa berkenaan dengan waktu kehadiran dan sebagainya. Hal seperti ini akan mengganggu kelancaran ujian.
Diharapkan ibubapa/penjaga serta pelatih sendiri supaya lebih peka mengenai perkara ini supaya ujian-ujian pada akan datang akan berjalan dengan lebih lancar.
Kami mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas (ahli bertalipinggang hitam) serta jurulatih-jurulatih yang hadir. Mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan telah menunjukkan teladan, disiplin dan semangat kerjasama yang baik kepada pelatih-pelatih yang lain. Diharapkan mereka akan melibatkan diri juga di dalam aktiviti-aktiviti yang akan datang.

No comments: