Sunday, November 30, 2008

Tarikh Ujian Kelayakkan Tali Pinggang Diawalkan

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang (Grading) telah diawalkan 1 minggu dari tarikh asal iaitu 28 Disember 2008 ke tarikh 21 Disember 2008 kerana menghormati penganut agama kristian yang bercuti bagi menyambut perayaan Krismas. Ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal bagi menduduki ujian ini.
Manakala kejohanan Taekwondo yang dijangka akan diadakan pada 6 - 7 Disember ini pula telah ditukarkan ke 29 - 30 Disember 2008 bagi menghormati umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 8 Disember 2008.
Diharapkan semua pelajar telah bersedia bagi menduduki ujian dan menyertai kejohanan yang bakal berlangsung di dalam bulan Disember ini.

No comments: