Sunday, March 21, 2010

Senarai Premier Clubs yang diiktiraf oleh Taekwondo Malaysia (TM)

20 TM Premier Clubs:

1. MATSA Taekwondo Club
2. Excel TKD Martial Arts
3. Koryo Tkd Club
4. Kelab Tkd BTFC
5. Kuantan Tkd Club
6. Power Sport TKD M.A.Academy
7. Kelab Gemilang Tkd
8. Dynamic Taekwondo Club
9. Universal Taekwondo Club
10. TYC TKD Club
11. KC Taekwondo Club
12. Moi’s Tkd Club
13. Speed Power Tkd
14. SPT Tkd and Martial Arts
15. Pusat MD Taekwondo Action
16. JLK Tkd Club
17. Kelab Lee Taekwondo
18. Kelab TKD MBW
19. Speed & Strength
20. TL Tkd Club



EMAIL FROM TM PROTEM SECRETARY GENERAL

17th March 2010
To All Premier Clubs

Dear sirs,

Re : Invitation to Affiliate to Taekwondo Malaysia as a Premier Clubs

With reference to the above and the TM Council Meeting held on 15th March 2010, we are pleased to inform you that you have been selected and short listed out of 49 original MTA Academies to affiliate with Taekwondo Malaysia (WTF) as an affiliate at the national level.

This affiliation is restricted to 20 Clubs only and we hope you will take the necessary steps to accept or decline the offer as soon as possible.

As a Premier Club, you will be:-

a. Given 1 vote at the General Meetings of the Association.

b. Given the right to register in all other States as an Associate Member

c. Given the right to have all your students under your banner for Competitions, where applicable.

The Constitution of Taekwondo Malaysia (WTF) and its By-Laws spell out all other rules, regulations and criteria that your selected Premier Club will be required to abide with, for the smooth governance of Taekwondo Malaysia (WTF).

Kindly notify us us your acceptance before the 4th of April 2010 by submitting all the relevant documents for affiliation. These documents were mailed to you by A.R. Registered mail as well as made available on the internet and other means. Should you wish to decline the offer, please send us a letter in confirmation as soon a s possible with a copy to the Technical Chairman..


Thank you


Yours faithfully,


Datuk Samson David Maman
Protem Secretary General

Thursday, March 11, 2010

Petikan Akhbar: Sila Daftar Segera

Oleh Nor Hairulnizam Wahid
hairulnizam@hmetro.com
2010/03/11


TRANSFORMASI yang dirancang terhadap persatuan baru taekwondo kebangsaan, Taekwondo Malaysia (TM) dijangka selesai selepas jawatankuasa penaja persatuan terbabit mengambil beberapa langkah bagi memastikan ia dapat berfungsi sepenuhnya Mei ini.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang juga presiden jawatankuasa penaja itu berkata, tumpuan ketika ini adalah menjemput mana-mana persatuan negeri, kelab dan institusi yang masih belum mendaftar dengan TM agar segera berbuat demikian.

Memberi tempoh sehingga 30 April 2010, Tunku Imran berkata persatuan terbabit perlu menerima pindaan perlembagaan yang dibuat di peringkat negeri sebelum menyertai TM sebagai ahli bersekutu.

“Kita mahukan semua negeri mempunyai perlembagaan yang seragam,” katanya yang mengharapkan satu persatuan baru yang lebih telus menerusi penubuhan TM.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan edisi kelima Kejohanan Taekwondo Junior Koko Krunch Nestle di MOM, semalam. Seramai 1,000 pelajar berusia antara 9 hingga 12 tahun dijangka mengambil bahagian, kali ini tumpuan terarah ke Kuala Lumpur dan Ipoh selain penganjuran tujuh klinik kejurulatihan diadakan di Kuala Lumpur serta Ipoh bagi memberi pendedahan mengenai sukan itu.

Menerusi penubuhan TM, katanya selain diwakili persatuan negeri dan institusi seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ia juga diwakili 20 kelab perdana yang boleh membuat undian.

“Hanya tiga negeri iaitu Kedah, Sabah dan Sarawak yang mempunyai dua persatuan negeri diminta untuk bergabung atau membubarkan satu daripadanya untuk menyertai TM. Pada masa sama kelab perdana juga perlu menyertai persatuan negeri masing-masing sebagai ahli bersekutu bagi melancarkan sebarang program di peringkat negeri,” katanya.

Friday, March 5, 2010

Kunjungan Norman Hakim bersama Krew Astro di SK Fakeh Abd Samad


Sabtu (6 Mac 2010) Hari ini kira-kira jam 2.30 petang, di Pusat Latihan Taekwondo, SK Fakeh Abd Samad, Kuantan, kami telah menerima kunjungan daripada seorang pelakon melayu popular dgn watak Inspektor Haris di dalam drama bersiri Gerak Khas iaitu Norman Hakim bersama krew Astro yg secara kebetulannya membuat penggambaran di sekolah ini.

Krew Astro juga sempat merakam pelatih-pelatih kami memanaskan badan dan membuat senaman ringan sebelum memulakan latihan. Dan kami juga mengambil kesempatan untuk bergambar dan beramah mesra dengan beliau. Beliau juga tidak keberatan untuk turut "berposing" bersama pelatih-pelatih kami.
(klik pada foto untuk saiz yg lebih besar)

Thursday, March 4, 2010

New national body to resolve Malaysia’s taekwondo woes

Tuesday March 2, 2010
By RAJES PAUL


PETALING JAYA: Malaysia’s taekwondo exponents can now afford to wear a big smile.

With the formation of Taekwondo Malaysia (TM) taking shape smoothly, the door is now opened for exponents to represent Malaysia in international tournaments.

They only have to be affiliated to TM in order to gain entry into tournaments like the Asian Games.

Yesterday, the protem committee chaired by Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar met to fine tune the setting up of the new national governing body.

A smiling Tunku Imran, who is also the president of the Olympic Council of Malaysia, said that he was happy that all parties were working together to bring back the glory days of taekwondo.

“Currently, the new governing body is in the process of getting the affiliation at the states, clubs and institutions sorted out,” said Tunku Imran.

“All will be given voting rights. Every state will be given two votes while the active ones will be rewarded with three. There will be a criteria to determine the active states.”

“We hope that the whole process will be completed by June. I met up with the president (Dr Chungwon Choue, World Taekwondo Federation) in Vancouver recently and he is happy with the progress taking place in TM,” he added.

The protem committee was set-up to form and register TM as the national governing body. The sole recognised body will look into the affairs of the WTF in Malaysia.

Several positive steps that had taken place since the set-up of the protem committee are the de-registration of Malaysian Taekwondo Association (MTA) and the reaffirmation made by Malaysian Taekwondo Clubs Association (MTCA) and Malaysian Taekwondo Federation (MTF) to disband on March 4 and 19 respectively in support of TM.

The meeting yesterday was also attended by members of the old ad hoc committee of MTA, officials from Ministry of Education, National Sports Council and Sports Commissioner.

Sunday, February 14, 2010

Petikan Akhbar: Taekwondo: Wakil MTA Akan Serah Memorandum Kepada Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Perwakilan daripada Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang telah digantung keahlian mereka akan menyerah memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kepada kemelut dalaman badan induk sukan itu secepat mungkin.

Bekas presidennya Raja Taharuddin Raja Nong Chik berkata memorandum itu bagi menyatakan rasa kekecewaan di atas pengumuman penubuhan Taekwondo Malaysia (TM) untuk mengambil alih peranan MTA sebagai badan induk oleh Jawatankuasa Ad Hoc baru-baru ini.

"Jawatankuasa Ad-Hoc yang dipertanggungjawabkan hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman MTA, bukannya menubuh satu persatuan yang baru." katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bersama tujuh persatuan taekwondo negeri di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini Isnin.

Jawatankuasa Ad Hoc yang dipengerusikan presiden MOM Tunku Imran Tuanku Jaafar telah ditubuhkan oleh Pesuruhjaya Sukan pada masa itu, Tan Sri Elyas Omar, pada awal tahun 2008.

Raja Taharudin yang telah digugurkan keahlian dalam Jawatankuasa Ad Hoc September tahun lepas atas alasan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perjalanan Jawatankuasa Ad Hoc itu, berpendapat peranan dan cara Jawatankuasa Ad Hoc mengendalikan masalah dalaman MTA telah gagal.

Beliau menjelaskan terdapat dua intipati di dalam memorandum itu iaitu melahirkan kekecewaan dengan penubuhan TM tanpa mengadakan perbincangan bersama MTA dan ahli-ahlinya serta meminta mempercepatkan menyelesaikan masalah badan sukan itu.

Katanya salinan memorandum itu juga akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shaberry Cheek, dan Pesuruhjaya Sukan Datuk Nik Mahmud Nik Yusof.

Menurutnya sepanjang dibawah Jawatankuasa Ad Hoc itu MTA dan ahli-ahlinya mematuhi setiap syarat terkandung dalam surat akur janji.

"Jawatankuasa Ad Hoc telah mengarahkan diadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Okt 24 tahun lepas dengan setiap delegasi bersetuju untuk memindahkan perlembagaan persatuan itu.

"Selepas itu, Jawatankuasa Ad Hoc telah mengeluarkan satu notis pada 27 Disember tahun lalu untuk mengadakan Persidangan Delegasi Dwitahunan untuk memilih siapa yang akan mengetuai MTA tetapi sehingga kini belum dijalankan.

"Bila pihak kami menulis surat kepada Jawatankuasa Ad Hoc, kami tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak mereka. Sebaliknya, Jawatankuasa Ad Hoc telah mengumumkan penubuhan Persatuan Taekwondo Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

Monday, January 4, 2010

Ujian Kelayakkan Tali Pinggang: Diadakan Pada Hujung Januari 2010

\
Setelah mendapat pengesahan daripada Ketua Jurulatih Kuantan Taekwondo Academy (KTA), Master Micheal Tan Kim Chee, PJK., Ujian Kelayakkan Tali Pinggang pertama pada 2010 bakal diadakan pada penghujung Januari 2009. Beliau juga selaku Pemeriksa (Examiner) bagi ujian tersebut membuat keputusan untuk mengadakan Ujian Kelayakkan pada penghujung bulan ini berdasarkan tempoh 3 bulan selepas ujian kelayakkan yang terakhir iaitu pada Oktober 2009.
ETC menganggarkan bilangan pelatih yang bakal menyertai ujian ini tidak seramai ujian yang sebelum ini berikutan ketidakhadiran pelatih ke latihan sepanjang musim cuti sekolah pada penghujung tahun 2009.
Walaubagaimanapun, ETC menganggap ujian kelayakkan ini adalah sebagai bonus kepada pelatih-pelatih yang hadir ke latihan sepanjang cuti.
Borang ujian kelayakkan akan diedarkan di semua pusat latihan mulai minggu ini kepada mereka yang layak. Borang pendaftaran 2010 juga akan diedarkan mulai minggu ini. Yuran bulanan dikekalkan sebanyak RM15.00 manakala yuran tahunan dikekalkan RM10.00 setahun dan insurans sebanyak RM5.00. Yuran ujian kelayakkan juga dikekalkan iaitu RM30.00.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru : 2010

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua rakyat Malaysia terutama ahli Taekwondo ETC. Semoga apa yang dihajati pada 2009 telah tercapai dan semoga azam 2010 akan menjadi kenyataan.
ETC mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pelajar & ibubapa yang telah banyak memberi sokongan kepada kami bukan sahaja untuk tahun 2009, malah ada juga yang telah memberi sokongan sejak ETC mula ditubuhkan.

ETC juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru-Guru Penasihat, Guru Besar, Pengetua serta Sekolah-Sekolah & Tadika-tadika yang telah banyak memberi kerjasama kepada kami -

Ustazah Shamsiah (GPK Kokurikulum), Cik Diana (Guru Penasihat) - SK Fakeh Abdul Samad
Puan Rudziah (Guru Penasihat) - SK Jaya Gading, Kuantan
Puan Maznah (Guru Besar) - SK Pandan, Kuantan
Puan Ros Azimah (Guru Penasihat) - SK Kampong Padang, Kuantan
Guru Besar - SK Sg Talam, Kuantan
Puan Haidar & Puan Normala (Guru Penasihat) - SMA Al-Ihsan, Kuantan
Sir Fauzi (Principal) - Integrated Islamic School (IIS), Kuantan
Puan Aiza (Pemilik) - Tadika Sinar Imani, Kg Padang Jaya, Kuantan
Puan Atie (Pengurus) - Tadika Pintar Ilmu Damansara Kuantan
Puan Amy Kui (Pemilik) - Tadika Pintar Ilmu Indera Mahkota.
Ustaz Azlan (Pengurus) - Al-Kauthar Cenre, Astana View, Kuantan
ETC juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norhayati Kadir, Pengarah Program IKIP-UiTM kerana sudi menjemput ETC sebagai jurulatih jemputan. Dan tidak lupa kepada En. Sahar, Ketua Penyelaras Sukan, Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan kerana sudi juga menjemput ETC sebagai jurulatih/penceramah jemputan bagi kursus pendek yang diadakan sepanjang 2009.

ETC juga mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pembantu-pembantu jurulatih ETC yang selama ini telah berusaha keras bagi memajukan sukan Taekwondo di seluruh Kuantan; Norasyikin Nordin (SMK Seri Damai, Kuantan), Abd Razif Abd Razak (SMK Seri Damai, Kuantan), Muhamad Firdaus Muhamad Daud (SMK Astana, Kuantan), M. Aimie Azzuan M. Naaim (SMK Astana, Kuantan), Nurul Atieqah Roslan (SBPI Shah Pekan, Pekan) & Abdul Wahid Osman (SMK Pandan, Kuantan).

Tidak lupa juga penghargaan buat penyokong-penyokong blog ini, serta rakan-rakan di Facebook, terima kasih atas sokongan anda selama ini. Walaupun ada di antara mereka tidak terlibat secara langsung di dalam sukan Taekwondo tetapi tetap sudi memberi sokongan terhadap sukan ini. Terima kasih diucapkan kepada anda semua.

ETC berharap 2010 bakal menjanjikan peningkatan terhadap sukan Taekwondo, bukan sahaja di daerah Kuantan malah di seluruh Malaysia. Berita baik daripada MTA juga diharap dapat diperolehi di dalam tahun ini.

ETC juga berharap para pelajar dan ibubapa akan terus memberi sokongan terhadap kami. Kami berazam pada tahun 2010 akan memberikan yang "Lebih Baik Daripada Biasa". Segala program-program menarik telah diatur sepanjang 2010. Teruskan menyokong kami.
TERIMA KASIH SEMUA...

Thursday, December 17, 2009

ETC Bukan Anak Angkat




Evo Training Centre (ETC) telah didaftarkan pada 3 Julai 2006 dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001), Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah menjadi ahli sekutu bagi Kuantan Taekwondo Academy (KTA) bermula dari tarikh penubuhannya.


Sejak daripada penubuhannya, ETC telah memperkembangkan lagi sukan Taekwondo di sekitar daerah Kuantan, Pahang terutama di kawasan pedalaman seperti di Felda Panching, Felda Kolek dan di kampung-kampung seperti Kampung Jaya Gading, Kampung Seri Damai, Kampung Padang dan sebagainya.

Semenjak itu juga, ETC telah bergiat aktif di dalam pembangunan sukan Taekwondo dan telah mengambil bahagian di setiap kejohanan dan aktiviti yang dianjurkan oleh Kuantan Taekwondo Academy (KTA), Malaysia Taekwondo Association (MTA) serta Malaysia Taekwondo Federation (MTF).

ETC juga adalah penyumbang ahli antara yang teramai di dalam penyertaan di setiap Ujian Kelayakkan Tali Pinggang (Grading) yang dianjurkan oleh KTA.

Dianggarkan seramai 250 orang ahli telah mendaftar menjadi ahli kelab Taekwondo ETC pada setiap tahun dari usia 5 tahun sehingga 19 tahun, di 12 buah pusat latihan seperti di Tadika, Pusat Jagaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah, Sekolah Swasta serta Kolej.

Walaubagaimana pun, ETC telah mencuba untuk mendaftar Evo Taekwondo Club di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada pertengahan 2008, namun telah ditolak kerana tidak mempunyai pengiktirafan atau surat sokongan daripada MTA atau MTF.

Ketua Jurulatih Kelab Taekwondo ETC, Mohd Azlan Bin Mohd Nawi pernah menghubungi pihak MTA dan MTF untuk memperolehi pengiktirafan daripada mereka tetapi telah ditolak dengan alasan Ketua Jurulatih tersebut masih memiliki tali pinggang hitam terendah iaitu 1st Dan dan tidak layak untuk memperolehi pengiktirafan oleh mereka.

Ketua Jurulatih Kelab Taekwondo ETC, Mohd Azlan Bin Mohd Nawi telah menyertai KTA (sebelum ini dikenali sebagai Pertubuhan Taekwondo Kuantan (WTF) Pahang) sejak 1995 adalah pemegang sijil kejurulatihan Taekwondo (Specific Level 1) MTF dan Sijil Sains Sukan Tahap 1, MSN.

Beliau telah memperolehi Tali Pinggang Hitam Dan pertama (1st Dan) pada tahun 1999 di bawah MTA. Beliau juga aktif di dalam setiap aktiviti anjuran KTA sebagai petugas, peserta dan pengadil di dalam setiap program anjuran KTA sebelum dan semasa beliau memiliki Tali Pinggang Hitam.

Beliau juga telah berkhidmat sebagai penolong jurulatih di bawah KTA walaupun semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di Kolej IKIP, Kuantan pada tahun 2000 sehingga 2002.

Pada tahun Januari 2005, beliau telah mulakan kerjayanya sebagai Jurulatih Taekwondo sepenuh masa dan mula melatih di 5 buah pusat latihan di bawah naungan KTA dan telah menubuhan ETC pada Julai 2006.

Pengalaman beliau selama 15 tahun di dalam sukan Taekwondo, 10 tahun sebagai pemegang tali pinggang hitam Dan pertama (1st Dan) dan 5 tahun sebagai Jurulatih yang telah melatih lebih kurang 250 orang pelatih tidak pernah diambil kira oleh mana-mana pihak termasuk MTA, MTF, Majlis Sukan Pahang atau mana-mana badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sukan Taekwondo di mana-mana peringkat.

Beliau juga tidak pernah ditawarkan untuk menduduki "Senior Up-Grading" bagi menaiktaraf tahap tali pinggang beliau walaupun masih bergiat aktif sejak 1999.

Pelatih-pelatih ETC juga tidak pernah mendapat peluang untuk bertanding di peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat daerah walaupun telah berjaya memperolehi pingat emas di dalam pertandingan/kejohanan yang dianjurkan di dalam daerah Kuantan seperti MSSD atau Kejohanan Jemputan UIA dan sebagainya.

Kewujudan ETC di daerah Kuantan juga seperti tidak diketahui oleh badan-badan sukan daerah atau negeri serta Pejabat Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Negeri Pahang kerana ETC sentiasa dibayangi oleh KTA iaitu kelab yang lebih besar dan terkenal di dalam daerah Kuantan mahupun negeri Pahang.

Yang lebih malang lagi, ETC seolah-oleh disekat oleh pihak tertentu daripada mengetahui maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh MTA mahupun MTF melainkan ETC telah mendapatkan maklumat daripada rakan-rakan daripada Kelab atau Persatuan lain atau dari Majlis Komuniti Senibeladiri Malaysia (MCM).

ETC pernah juga ingin mendaftarkan dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan namun telah ditolak kerana dikatakan kelab ini terlalu "besar" untuk didaftarkan dibawah Pejabat tersebut namun terlalu "kecil" untuk didaftarkan dibawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Kini ETC hanya dianggap bergiat sebagai "perniagaan" dan bukannya sebagai badan sukan. Dan tidak layak untuk meminta dan menerima bantuan kewangan dari pihak-pihak tertentu seperti daripada pejabat wakil rakyat atau badan-badan kerajaan yang lain.

ETC tidak ubah seperti anak angkat bagi pihak-pihak tertentu, hanya melakukan aktiviti sendiri tanpa disedari atau diiktiraf oleh mana-mana pihak. Pelatih-pelatih ETC hanya berlatih untuk menaiki gred tali pinggang mereka dan bagi mereka yang berbakat besar hanya sekadar menunjuk bakat di dalam kampung sahaja. Latihan Taekwondo oleh ETC juga telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai rekreasi sahaja bukan untuk dipertandingkan di pelbagai peringkat.

ETC berharap agar satu hari nanti ETC akan diberi peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi kerana ETC sudah lama berada di tahap "selesa".



Wednesday, December 9, 2009

Harapan Taekwondo

(Gambar sekadar hiasan)
Petikan dari MyMetro


SEMUANYA terpulang kepada atlit. Jika mereka berjaya mempersembahkan aksi konsisten pada hari pertandingan nanti, impian menggapai pingat bukan lagi mustahil walaupun taekwondo sering dikaitkan dengan pelbagai helah negara tuan rumah.

Acara subjektif biasanya menjadi medan untuk negara tuan rumah serta sekutunya meraih sebanyak mungkin emas tetapi penggunaan sistem pemarkahan baru diperkenalkan di Sukan Sea Laos, membuka ruang cukup luas buat semua negara mengambil bahagian.

Hakikat itu diakui jurulatih acara Poom Sae (pattern) Taekwondo, Michael Liew yang berkata semua lima juri di penjuru gelanggang akan menggunakan sistem komputer untuk memberi markah dan juri memberikan jumlah markah tertinggi serta terendah akan diketepikan dan hanya markah tiga juri lain akan dikira untuk mencari markah sebenar yang dimenangi peserta.

“Dengan sistem baru itu, setiap atlit tidak kira negara akan mempunyai ruang serta peluang sama rata untuk menang pingat.

Secara logiknya, tidak akan ada sebarang bantuan luaran, terutama daripada juri tertentu yang memihak kepada atlit pilihan masing-masing.

“Ketika Kejohanan Dunia di Mesir baru-baru ini, sistem itu diguna pakai dan ia terbukti berkesan,” katanya.

Empat atlit disenaraikan untuk acara Poom Sae dan Michael menaruh keyakinan tinggi salah seorang anak buahnya akan menamatkan persembahan di podium.

“Saya yakin kami akan menang pingat tapi saya tidak berani menjanjikan apakah warna pingat itu. Negara paling menyerlah dalam acara Poom Sae ini ialah Vietnam dan kami juga tidak boleh memandang mudah cabaran negara lain,” katanya.

Peserta negara dalam acara Poom Sae ialah S Anantharajan, Raffique Hashimi Hashim, Lee Pay En dan Lee Jeng Yen. Anantharajan serta Jeng Yen dipertaruhkan untuk acara individu lelaki dan wanita manakala Raffique dan Pay En bergandingan dalam kategori berpasangan.

Thursday, October 29, 2009

Terima Padah

Petikan daripada artikel MyMetro
Oleh Bazly Azmi


KEMELUT dalaman Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) mengakibatkan acara itu digugurkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Melaka 2010 selain berdepan ancaman tidak dihantar menyertai Sukan Sea Laos, Disember depan.Paling jelas, kegagalan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MTA menyaksikan hanya cadangan penyenaraian sukan itu pada Sukma 2010, ditolak ketika sembilan lagi sukan diterima Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Tertinggi Sukma, semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek , mengakui kecewa dengan kegagalan MTA mencari penyelesaian terutamanya dengan hasil EGM dipengerusikan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Imran Tuanku Jaafar, Sabtu lalu “Saya masih belum menerima laporan penuh EGM itu namun, Tunku Imran ada menelefon memaklumkan ia gagal mencapai kata sepakat. Perkara ini mengecewakan kerana Sukma hanya berbaki kurang tujuh bulan lagi dan paling penting, penyertaan taekwondo ke Laos turut belum dipastikan.


“Jadi, kami akan membuat kajian penyertaan sukan ini ke Laos dan ia akan ditentukan jawatankuasa ad hoc,” katanya dalam sidang media.

Sembilan sukan diterima ialah Formula Future, kanu, golf, tenis, ragbi, bola tampar, kabaddi, judo, lawan pedang sementara dua disiplin ditambah dalam akuatik iaitu renang berirama serta polo air.

Ia menyaksikan Sukma ke-13 di Melaka, yang tarikhnya turut ditukar kepada 10-19 Jun depan, kini membabitkan 34 jenis acara dengan setiap acara wajib disertai sekurang-kurangnya lapan negeri.

Taekwondo turut di ambang kegelapan apabila Shabery membayangkan akan memanjangkan isu terbabit kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dinilai semula statusnya sebagai aktiviti ko-kurikulum sekolah seluruh negara.“Sukan berteraskan semangat tolak ansur dan setia kawan, namun jika pegawai persatuan sukan bersikap mementing diri, apa lagi yang tinggal untuk atlit dan pelajar yang menyertainya?"

Ia contoh yang tidak baik dan akan memberi kesan negatif terutamanya kepada pelajar sekolah.

“Selagi boleh, jangan sampai kerajaan mahu campur tangan dan kerana itu, saya selagi boleh masih tidak mahu gunakan kuasa KBS kerana kesannya akan berbeza (teruk).Jadi, saya minta perkara ini diselesaikan segera,” katanya.Sementara itu, mesyuarat dengan wakil persatuan negeri turut membincangkan langkah membantu Perlis, penganjur Sukma 2012, menyediakan infrastruktur menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu.

P/S : ETC sebenarnya dari awal lagi sudah menjangkakan hal ini pasti akan berlaku dan akan menjadi lebih buruk lagi. Kesan daripada kegagalan MTA ini mengakibatkan banyak aktiviti atau program tidak dapat diadakan, lebih buruk lagi atlet-atlet Taekwondo tidak dapat menyertai kejohanan-kejohanan besar seperti SUKMA, Sukan Sea dan mungkin juga Sukan Olimpik 2012.
Manakala diperingkat daerah, masalah perebutan pusat latihan di sekolah-sekolah masih berlaku, persatuan atau kelab yang bernaung di bawah MTA, MTF serta MTCA berperang mengakui mereka adalah persatuan atau kelab yang diiktiraf, masing-masing mengemukakan dokumen-dokumen berfail-fail seperti surat dari MSN, KBS, Majlis Sukan Negeri malah ada juga yang membawa petikan-petikan artikel seperti ini yang diambil dari akhbar-akhbar tempatan.
Masalah juga timbul kepada pemegang blackbelt serta Jurulatih yang ingin menduduki "Senior Up Grading" kerana masing-masing menunggu untuk menduduki ujian tersebut dibawah MTA kerana dibimbangi sekiranya menduduki ujian tersebut dibawah MTF atau MTCA, kelak kenaikkan mereka tidak diiktiraf. Tetapi malangnya sekian lama menunggu, masalah penyatuan MTA ini masih tidak lagi berjaya.
Malang sungguh bagi sukan berpotensi tinggi ini kerana disebabkan beberapa "orang tua" yang menerajui MTA selama ini, pelatih-pelatih, atlet-atlet berpotensi serta jurulatih-jurulatih menerima padah yang sangat buruk.