Thursday, January 20, 2011

Kelab Taekwondo Kuantan antara penyumbang utama MTF & TM (WTF)

Kami di ETC amat kesal dengan kenyataan bertulis oleh Presiden Taekwondo Negeri Pahang ditujukan kepada Setiausaha Kehormat Taekwondo Malaysia (WTF) berkaitan dengan kelayakan Master Michael Tan Kim Chee bagi menduduki Senior Up Grading yang akan diadakan pada 22 Januari 2011.

Surat yang bertarikh 9 Januari 2011 menyatakan bahawa Master Michael hanya mengadakan 1 kali sahaja ujian kelayakkan tali pinggang (grading) sepanjang Kelab Taekwondo Kuantan bernaung dibawah Taekwondo Negeri Pahang dan Taekwondo Malaysia (WTF). Presiden Taekwondo Negeri Pahang, Encik C. Selvanayagam Chinayah juga menyatakan ketidakyakinan beliau terhadap Master Michael Tan Kim Chee dan mengharap TM agar menilai semula kelayakkan Master Michael bagi menduduki Senior Up Grading tersebut.

Kelab Taekwondo Kuantan telah mengadakan 3 kali ujian sepanjang tahun 2010 iaitu pada Januari, April dan November 2010 dan telah membayar levi sebanyak RM851.00 pada Januari 2010 & RM1609.00 pada April 2010 kepada Malaysia Taekwondo Federation (MTF) manakala sebanyak RM1,206.00  pada bulan November kepada Taekwondo Malaysia (WTF).

Dengan statistik begitu, adakah Master Michael Tan dianggap masih tidak layak menduduki ujian tersebut?
Dengan statistik itu juga, adakah Master Michael Tan dianggap tidak dapat memperolehi keyakinan daripada Taekwondo Malaysia (WTF) bagi menaiktaraf kedudukan beliau?

Kami di ETC yang telah menjadi rakan sekutu kepada Kelab Taekwondo Kuantan beranggapan bahawa kenyataan oleh Presiden Taekwondo Negeri Pahang itu hanyalah bersifat peribadi dan bertujuan untuk menjatuhkan dan memburukan nama baik Master Michael Tan Kim Chee.

Dengan sikap sebegitu oleh sebilangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Taekwondo Negeri Pahang, penyatuan semula serta kerjasama yang bakal terjalin di antara kelab-kelab Taekwondo di Negeri Pahang akan renggang. Dan yang lebih menyedihkan, dengan sikap sebegini oleh "senior-senior" di dalam Taekwondo Negeri Pahang memberikan gambaran buruk kepada orang-orang muda di dalam persatuan ini. Adakah orang seperti ini kita boleh menjadikan contoh untuk orang-orang muda yang bakal meneraju persatuan ini pada masa akan datang?

Diharapkan pihak yang terlibat dapat membatalkan niat untuk terus men'sabotaj' kami dan seharusnya bersikap profesional, telus dan adil terhadap semua termasuk kami di Kelab Taekwondo Kuantan.

No comments: