Monday, April 5, 2010

Kursus Fundamentals Of Taekwondo ke-2 memberangsangkan

Pada 28 Mac 2010 yang lepas, ETC dengan kerjasama Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan telah mengadakan kursus pendek "Fundamentals Of Taekwondo" untuk kali yang ke-2 bertempat di Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan.
Kursus ini dihadiri oleh 26 orang pelatih Taekwondo dari pusat-pusat latihan di seluruh Kuantan seperti Dewan Sg Isap Damai, SMA Al-Ihsan, SK Kampong Padang, SK Fakeh Abd Samad, SK Sg Talam dan SK Jaya Gading.
Silibus bagi kursus kali ini diubah daripada kursus sebelum ini bagi memastikan peserta memperolehi ilmu yang tepat dan padat sepanjang kursus ini. Antara yang telah diserapkan semasa kursus ini adalah History & Philosophy of Taekwondo, Taekwondo Basic Motions (bersama sessi tontonan video), Fundamentals of Taekwondo Sparring dan Fundamentals of Taekwondo Sparring Rules.
Dengan bayaran penyertaan sebanyak RM25.00 sahaja, peserta akan menerima sebuah Modul "Taekwondo Basic Motion", pengangkutan disediakan dari lokasi-lokasi tertentu serta makanan disediakan sebanyak 3 kali iaitu untuk minum pagi, makan tengahari serta minum petang.
Peserta juga diuji dengan "pop quiz" yang diadakan secara mengejut dan soalan-soalan yang diuji adalah berkaitan dengan topik-topik yang diserapkan semasa kursus tersebut. Peserta juga menerima hadiah menarik sekiranya berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan tepat dan pantas.
Peserta kelihatan amat berminat dengan slot pada waktu petang iaitu slot Fundamentals Of Taekwondo Sparring dan Fundamentals Of Taekwondo Sparring Rules. Ini membuatkan pihak penganjur bercadang untuk mengadakan kursus khas bagi mereka yang hanya berminat untuk mempelajari teknik-teknik Sparring sahaja. Kursus tersebut masih lagi di dalam proses perancangan dan diharap akan dapat diadakan dalam tempoh yang terdekat.
Kursus-kursus seperti ini perlu diadakan dengan lebih banyak dan ditambah dengan pelbagai aktiviti serta topik-topik menarik supaya dapat menambahkan lagi minat pelatih Taekwondo untuk mendalami seni beladiri yang unik ini.
ETC mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Kolej Komuniti Paya Besar, Kuantan terutama kepada En. Sahar Bin Sulaiman (Pegawai Sukan KKPBK) kerana telah banyak memberikan kerjasama kepada ETC sepanjang tahun ini dan ETC berharap dapat mengadakan lebih banyak kursus seperti ini dengan kerjasama kolej ini.
ETC juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta-peserta kerana telah memberi sambutan terhadap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh ETC.




(klik pada gambar untuk saiz yg lebih besar)

No comments: