Sunday, August 10, 2008

Kejohanan Taekwondo (WTF) Jemputan UIA 2008

Setelah Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah-Sekolah Daerah Kuantan 2008 terbatal akibat daripada kesilapan teknikal antara KTA & PPD Kuantan, kejohanan yang bakal diadakan pada 16 - 17 Ogos 2008 di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan ini akan menjadi pengubat duka bagi pelatih-pelatih kami.
Seramai 100 orang pelatih dari ETC akan menyertai kejohanan ini yang melibatkan pelbagai kategori. Bagi peserta yang telah memenangi pingat Emas pada tahun lepas di kejohanan yang sama ini seperti Al-Mustapha, Mohd Saufi Fauzi & Mohd Nazmi, mereka berharap akan dapat mengekalkan kejuaraan mereka pada tahun ini.
Saya selaku jurulatih mereka juga tidak sabar untuk menguji prestasi mereka di dalam kejohanan ini kerana setelah penat lelah mereka berlatih & pendedahan mereka dengan teknik-teknik terkini, diharapkan pencapaian mereka pada tahun ini lebih bagus dari tahun lepas.
Tidak cukup dengan usaha dan latihan yang keras, mereka juga akan disediakan dengan peralatan-peralatan yang terkini berjenama DAEDO untuk melengkapkan lagi pertempuran mereka.
Kejohanan ini sememangnya akan lebih meriah kerana lebih ramai peserta yang akan menyertai kejohanan ini daripada tahun sebelumnya. Diharapkan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan kami juga berharap agar UIA akan meneruskan penganjuran kejohanan ini pada tahun-tahun yang akan datang.

No comments: