Tuesday, July 15, 2008

Prestasi Pasukan Taekwondo Pahang Ke SUKMA 2008 Mengecewakan

MENGECEWAKAN, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan pasukan Taekwondo Pahang ke SUKMA 2008 di Terengganu.
Kejohanan diadakah di IKBN, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu menyaksikan Pahang pulang tanpa sebarang pingat. Pasukan-pasukan yang kelihatan agak menonjol bagi kejohanan kali ini adalah dari pasukan tuan rumah, Terengganu yang telah memungut 12 pingat, Selangor & Kedah masing2 memungut 9 pingat.
Pasukan Pahang mengalami masalah daripada peringkat pemilihan lagi. Pemilihan atlet Taekwondo mewakili negeri Pahang amat tidak efisyen & tidak adil. Seharusnya MSP mengadakan pemilihan secara pertandingan seperti yang diadakan oleh negeri-negeri lain.
Lebih memburukkan keadaan, kelab-kelab, persatuan-persatuan Taekwondo Daerah & Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Pahang tidak sebulu & tidak bersepakat. Masing-masing mahu menunjuk belang sendiri & tidak mahu duduk berbincang semeja. Keadaan ini memburukkan lagi perkembangan sukan Taekwondo di negeri ini.
Hal ini juga menjadi kritikal sejak MTA dibubarkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia & menubuhkan MTF sebagai ganti kemudian Pesuruhjaya Sukan Malaysia menarik balik pembatalan lesen MTA dan masih belum membatalkan MTF.
Masalah berkaitan Taekwondo di Malaysia ini berpunca dari peringkat kebangsaan sendiri, kemudian membawa ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat daerah-daerah & kelab-kelab.
Pihak-pihak di Kementerian Belia Sukan, Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia & Majlis-Majlis Sukan Negeri perlu berbincang bagi mencari penyelesaian mengenai masalah-masalah yang dihadapi di dalam sukan Taekwondo ini.
Dan kepada jurulatih-jurulatih di negeri Pahang, duduklah semeja & berbincang. Keadaan sudah semakin kritikal, adakah anda ingin menjadi perintis perosak sukan Taekwondo negeri?




No comments: