Monday, May 9, 2011

Blog Taekwondo Kuantan BUKAN Suara Kelab Taekwondo Kuantan

Setelah menerima beberapa aduan, komen & kritikan daripada beberapa pembaca blog ini, saya (Mohd Azlan Bin Mohd Nawi) selaku penulis blog ini ingin menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan hal ini.

Blog 'TAEKWONDO KUANTAN" ini TIDAK mewakili KELAB TAEKWONDO KUANTAN. Blog ini dikendalikan oleh saya dan setiap post di dalam blog ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa melainkan daripada pengamatan dan pengalaman saya sendiri, petikan-petikan akhbar, petikan-petikan website yang berkaitan dengan Taekwondo dan aktiviti-aktiviti yang telah disertai oleh saya sendiri ataupun pelajar-pelajar saya yang bernaung di bawah Evo Taekwondo Club / Evo Training Centre.

Oleh kerana kebanyakkan post saya berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Taekwondo yang diadakan di Kuantan atau disertai oleh pengamal-pengamal Taekwondo dari Kuantan, maka saya menamakan blog ini sebagai Taekwondo Kuantan.

Segala yang di'post' di blog ini TIDAK mewakili Kelab Taekwondo Kuantan atau pengamal-pengamal Taekwondo di Kuantan.

Begitu juga dengan group 'Taekwondo Kuantan' di Facebook. Group ini juga tiada kaitan secara rasmi dengan Kelab Taekwondo Kuantan. Mereka yang menyertai group ini bukan hanya terdiri daripada ahli-ahli Kelab Taekwondo Kuantan, malah disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk mengikuti perkembangan Taekwondo di Kuantan.

Manakala group rasmi hanya untuk pelajar-pelajar saya di Facebook adalah group 'Evo Taekwondo Club'. Hanya pelajar-pelajar dan bekas-bekas pelajar saya sahaja dibenarkan menyertai group ini dengan tujuan berkongsi maklumat dan membincangkan pelbagai perkara secara tertutup khas buat pelajar-pelajar Evo Taekwondo Club sahaja.

Diharapkan selepas ini tiada lagi timbul salah faham antara pembaca blog ini terhadap Kelab Taekwondo Kuantan. Evo Taekwondo Club / Evo Training Centre telah bernaung di bawah Kelab Taekwondo Kuantan sejak kelab kami mula ditubuhkan lagi. Master Michael Tan Kim Chee, PJK. (Ketua Jurulatih Kelab Taekwondo Kuantan) telah membimbing kami sejak dari kami mula menjadi tunas dan kini telah segar berkembang. Diharapkan kewujudan blog ini tidak mengganggu gugat beliau serta kelab naungan beliau.

No comments: