Tuesday, July 15, 2008

Prestasi Pasukan Taekwondo Pahang Ke SUKMA 2008 Mengecewakan

MENGECEWAKAN, itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan pasukan Taekwondo Pahang ke SUKMA 2008 di Terengganu.
Kejohanan diadakah di IKBN, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu menyaksikan Pahang pulang tanpa sebarang pingat. Pasukan-pasukan yang kelihatan agak menonjol bagi kejohanan kali ini adalah dari pasukan tuan rumah, Terengganu yang telah memungut 12 pingat, Selangor & Kedah masing2 memungut 9 pingat.
Pasukan Pahang mengalami masalah daripada peringkat pemilihan lagi. Pemilihan atlet Taekwondo mewakili negeri Pahang amat tidak efisyen & tidak adil. Seharusnya MSP mengadakan pemilihan secara pertandingan seperti yang diadakan oleh negeri-negeri lain.
Lebih memburukkan keadaan, kelab-kelab, persatuan-persatuan Taekwondo Daerah & Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Pahang tidak sebulu & tidak bersepakat. Masing-masing mahu menunjuk belang sendiri & tidak mahu duduk berbincang semeja. Keadaan ini memburukkan lagi perkembangan sukan Taekwondo di negeri ini.
Hal ini juga menjadi kritikal sejak MTA dibubarkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia & menubuhkan MTF sebagai ganti kemudian Pesuruhjaya Sukan Malaysia menarik balik pembatalan lesen MTA dan masih belum membatalkan MTF.
Masalah berkaitan Taekwondo di Malaysia ini berpunca dari peringkat kebangsaan sendiri, kemudian membawa ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat daerah-daerah & kelab-kelab.
Pihak-pihak di Kementerian Belia Sukan, Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia & Majlis-Majlis Sukan Negeri perlu berbincang bagi mencari penyelesaian mengenai masalah-masalah yang dihadapi di dalam sukan Taekwondo ini.
Dan kepada jurulatih-jurulatih di negeri Pahang, duduklah semeja & berbincang. Keadaan sudah semakin kritikal, adakah anda ingin menjadi perintis perosak sukan Taekwondo negeri?




Thursday, July 10, 2008

Kejohanan Taekwondo Sekolah - Sekolah Daerah Kuantan 2008

Kejohanan Taekwondo Sekolah - Sekolah Daerah Kuantan 2008 akan diadakan di Berjaya Megamall pada 29 & 30 Julai 2008.
Kejohanan ini akan disertai oleh kesemua sekolah-sekolah dibawah naungan Kuantan Taekwondo Academy (Kelab Taekwondo Kuantan).
Dianggarkan bilangan peserta yang akan menyertai melebihi 400 orang merangkumi semua kategori, Sekolah Rendah (Bawah 9 tahun lelaki, bawah 9 tahun perempuan, bawah 12 tahun lelaki & bawah 12 tahun perempuan) & Sekolah Menengah (bawah 15 tahun lelaki, bawah 15 tahun perempuan, bawah 18 tahun lelaki & bawah 18 tahun perempuan).
Sasaran kami di bawah Evo Training Centre adalah 10 Pingat Emas, 15 Pingat Perak & sebanyak mungkin pingat gangsa. Peserta-peserta dari ETC kali ini akan terdiri daripada pelatih yang pernah menyertai kejohanan sebegini beberapa kali & pelatih yang baru pertama kali menyertai kejohanan.
Diharapkan kejohanan seperti ini dapat memberi mereka pendedahan & pengalaman agar dapat menjadikan mereka atlet Taekwondo yang mantap dan berjaya pada masa hadapan. Insya-Allah...

Thursday, July 3, 2008

SK Pandan, Kuantan sedia sertai pertandingan peringkat daerah Kuantan


Pelatih dari Kelab Taekwondo SK Pandan, Kuantan kini telah bersedia untuk mengikuti sebarang kejohanan peringkat daerah sebagai pendedahan pertama mereka di dalam pertandingan. Sebelum ini pelatih dari kelab ini belum pernah menyertai sebarang kejohanan kerana kelab Taekwondo di sekolah ini baru sahaja ditubuhkan pada pertengahan tahun lepas (2007).
Ahli kelab Taekwondo SK Pandan seramai 25 orang tidak sabar-sabar lagi untuk menyertai kejohanan yang terdekat ini, di antara mereka adalah Anwar Hakim & Muhammad Nur Hakim antara pelajar yang berpotensi di sini telah mengikuti latihan intensif di sebelah malam untuk menajamkan lagi bakat mereka.
Kami juga berharap permohonan peruntukan dari Ahli Parlimen Paya Besar, Dato' Abd Manan untuk membeli kelengkapan bagi pertandingan diluluskan. Dengan adanya kelengkapan ini mampu mengurangkan beban pelatih untuk membeli kelengkapan kejohanan kerana kebanyakkan pelatih di sini terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana.

Wednesday, July 2, 2008

Petikan dari Sinar Harian





Tuesday, July 1, 2008

Jadual Kelas Latihan Taekwondo 2008

Jumaat
9.30pg - 10.30pg - Tadika Karisma Bestari, Kampong Padang, Kuantan
5.00ptg - 6.00ptg - Al-Kauthar Centre, Astana View, Kuantan
8.00mlm - 10.00mlm - Dewan Serbaguna Cina, Taman Tas Ria, Kuantan

Sabtu
7.30pg - 8.30pg - Tadika Pintar Ilmu, Indera Mahkota 15, Kuantan
8.30pg - 10.30pg - SK Sg Talam, Kuantan
11.00pg - 1.00tgh - SMA Al-Ihsan, Tanjung Api, Kuantan
2.30ptg - 4.30ptg - SK Fakeh Abd Samad, Jalan Gambang, Kuantan

Ahad
8.00pg - 10.00pg - SK Kampong Padang, Jalan Sg Lembing, Kuantan
11.30pg - 1.30ptg - Dewan Sungai Isap Damai, Kuantan
4.30ptg - 6.30ptg - SK Jaya Gading, Jalan Gambang, Kuantan

Selasa
8.30pg - 9.30pg - Tadika Karisma Bestari, Sg Isap Jaya, Kuantan
3.00ptg - 4.00ptg - Aqfa Intergrated Islamic School (AIIS), Jalan Teluk Sisek, Kuantan
5.30ptg - 6.30ptg - Tadika Pintar Ilmu, Bandar Damansara Kuantan, Kuantan

Rabu
8.30pg - 9.30pg - Tadika Pintar Ilmu, Bandar Damansara Kuantan, Kuantan
4.00ptg - 6.00ptg - SK Pandan, Taman Tas, Kuantan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Mohd Azlan di talian 012-9801770

Blog Taekwondo Kuantan Dilancarkan

Blog pertama bagi Taekwondo Kuantan dilancarkan pada hari ini.
Dengan adanya blog ini dapat memudahkan orang ramai untuk mengetahui maklumat terkini mengenai kelas-kelas Taekwondo serta aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Evo Training Centre / Kuantan Taekwondo Academy.
Pengguna juga boleh melayari www.flickr.com/photos/masterazlan untuk melihat foto-foto berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun.
Diharapkan melalui blog ini, kami dapat menyalurkan maklumat kepada anda secara tepat & terperinci mengenai semua yang berkaitan dengan Taekwondo.
Sebarang pertanyaan, perkongsian maklumat & perbincangan boleh diemailkan kepada azlan_etc@yahoo.com atau etc_ktn@streamyx.com.
Majulah Sukan Taekwondo Untuk Negara...