Tuesday, August 23, 2011

8th TTSC International Invitation Taekwondo Championship 2011

Evo Taekwondo Club telah seiringan bersama Kelab Taekwondo Kuantan telah melangkah 1 langkah kehadapan dengan menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa anjuran Traditional Taekwondo Sport Centre (TTSC) Melaka.

Kejohanan ini telah dianjurkan pada 29-30 Julai 2011 bertempat di SJK(C) Notre Dame, Jalan Gajah Berang, Melaka disertai oleh negara-negara luar seperti Indonesia, Singapura, Scotland & England dan juga kelab-kelab tempatan dari negeri Pahang, Johor, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan dan tuan rumah, Melaka.

Kejohanan ini mempertandingkan 4 kategori sparring iaitu Children (11 tahun kebawah), Minor (12 tahun - 14 tahun), Junior (15 tahun - 17 tahun) dan Open (18 tahun ke atas), dan turut dipertandingkan Poomsae melalui beberapa kategori iaitu Individual (Children, Minor, Junior & Senior), Pair / Mixed Pair (Children, Minor, Junior & Senior) & Team (Children, Minor, Junior & Senior) dan juga kami dikejutkan dengan pertandingan 'Breaking' yang diadakan secara on-the-spot.
Evo Taekwondo Club telah menghantar seramai 27 orang peserta dan 4 orang pegawai bagi mengiringi peserta-peserta kami. Dan buat pertama kali kemunculan pasukan dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) yang turut menyumbangkan 10 orang peserta ke dalam pasukan kami. Daripada 27 orang peserta, seramai 21 orang telah mendapat pingat, pasukan kami telah berjaya merangkul 1 Emas, 7 Perak dan 13 Gangsa.


Jumlah keseluruhan kutipan pingat bagi kontijen Kuantan adalah 3 Emas, 15 Perak & 26 Gangsa dan telah mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan tersebut.

Diharapkan selepas ini pasukan Kuantan terus diberikan pendedahan di pelbagai peringkat bagi meningkatkan prestasi atlet-atlet Taekwondo untuk persediaan ke kejohanan utama seperti SUKMA, Kejohanan Taekwondo Kebangsaan dan sebagainya. Diharapkan juga ada pihak yang sudi menjadi penaja bagi pasukan kami kerana masalah kewangan sering menjadi masalah apabila pasukan kami ingin menyertai kejohanan-kejohanan di luar negeri Pahang.

Sekiranya ada pihak yang berminat untuk menjadi penaja bagi pasukan Kuantan, sila hubungi Ketua Jurulatih Kelab Taekwondo Kuantan, Master Michael Tan Kim Chee di talian 013-984 3634 atau Jurulatih Evo Taekwondo Club, Mohd Azlan Mohd Nawi di talian 017-966 6612.