Sunday, December 12, 2010

Borang Pendaftaran Taekwondo Evo Training Centre 2011

Borang Pendaftaran Taekwondo Evo Training Centre 2011 dibawah jurulatih Mohd Azlan Bin Mohd Nawi boleh di dapati di sini. Sila klik link dibawah untuk download.

Thursday, December 2, 2010

Kerjasama Yang Diluar Jangkaan - Pasukan Negeri Pahang ke 1st TM/NSC/MILO National Junior & Senior Tkd Championship 2010

Pada 24 - 26 November 2010, berlangsungnya 1st TM/NSC/MILO National Junior & Senior Taekwondo Championship 2010 di Stadium Badminton Cheras (Kuala Lumpur). Sebanyak 35 kontijen dari seluruh Malaysia yang terlibat dan sebanyak lebih 800 orang peserta yang mengambil bahagian di dalam kejohanan ini.

Taekwondo Negeri Pahang tidak ketinggalan untuk menghantar peserta-peserta bagi mewakili negeri Pahang walaupun di dalam keadaan yang serba kekurangan dari segi bantuan kewangan, pengangkutan dan penginapan.

Begitu juga dengan pasukan dari Taekwondo Kuantan, kami menghantar 18 orang peserta dari pelbagai kategori. Puan Rahidah Bt Rahim dilantik sebagai Pengurus Pasukan Kuantan manakala Puan Faridah Bt Talib dilantik menjadi Pengiring Wanita bagi Pasukan Kuantan. Manakala saya (Mohd Azlan Mohd Nawi) dan Sir Lee Wi Keong pula dilantik menjadi Jurulatih Pasukan Kuantan dan Master Tommy Chia Yoke Kuan menjadi Pengadil bagi kejohanan tersebut.

Beberapa orang dari Pasukan Pahang telah ditugaskan menjadi Jurulatih Pasukan termasuk saya dan Sir Lee Wi Keong dan Master Thian dilantik menjadi Pengurus Pasukan sepanjang kejohanan tersebut.

Kerjasama yang diberikan antara pegawai-pegawai Negeri Pahang amat luar biasa dan di luar jangkaan. Semuanya berjalan boleh dikatakan lancar walaupun terdapat sedikit perebutan 'Tag' Coach di antara jurulatih pasukan kerana kami hanya diberikan 3 tag untuk Coach dan 1 tag untuk Team Manager.

Walaupun pasukan Negeri Pahang hanya mampu meraih 1 gangsa daripada kejohanan ini, pengalaman yang diperolehi amat berguna buat peserta-peserta dan pegawai-pegawai yang terlibat. Kejohanan ini menjadi tali pengukur bagi mengetahui tahap sebenar negeri Pahang di peringkat Kebangsaan.

Oleh itu diharapkan pasukan Negeri Pahang akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti pemain dan mampu meraih pingat emas di dalam pelbagai kategori di Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di Negeri Pahang pada 2012 nanti.

Kerjasama seperti ini amat dihargai oleh pasukan kami dan berharap akan dapat bekerjasama di dalam kejohanan-kejohanan lain pada masa akan datang.